Saturday 2 February 2013

Zat terpenting yang sangat diperlukan semasa hamil



Buat yang bakal bergelar ibu, marilah kita baca info makanan untuk merangsang otak bayi. Sangat penting untuk ibu2 ketahui bahawa kesihatan fizikal & mental sangat penting diberi perhatian utama. Barulah bayi yang dilahirkan akan sihat dan pintar.





PEMAKANAN
Apa yg ibu makan akan mencerminkan anak yang bakal lahir. Ketahui beberapa jenis zat terpenting yang sangat diperlukan semasa hamil.

ASID FOLIK
Asid folic dianggap sebagai makan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan. Asid folic sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur  pembentukan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid folic sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. Pengambilan sebanyak 600 mg sehari amat digalakan untuk ibu hamil.

ASID LEMAK OMEGA
Omega 3 diketahui merangsang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. kajian menunjukan gangliosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukan bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan.

PROTEIN
Ketika hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi. Jadi ia memerlukan tambahan protein. Ibu2 hamil memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil berbanding waktu lain dalam hidup anda. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Ibu hamil memerlukan 75g protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.

ZAT BESI
Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan, penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan berpenyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku. Keperluan zat besi ibu hamil ialah sekitar 27mg sehari.

KALSIUM
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. Sewaktu hamil janin akan mengambil sekitar 25mg - 30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi, janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 100mg.

Memperkenalkan :- Omega Guard Shaklee & Ostematrik Shaklee


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.








Osteomatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk calcium,Vitamin D & K. magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat.Terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium.

Jadi, apa lagi ibu semua marilah dapatkan Omega Guard & Ostematrik khas untuk anak yang dikandung... Supaya bayi yang dilahirkan nanti akan sihat dan pintar..

~Salam Sayang~

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy