Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk
Shaklee kami?
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan
krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil
masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat
radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin
yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses
penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang
membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.
Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis
penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi
selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi
molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan
bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan
merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran,
menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan
berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak
pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani
proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang
berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak
karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan
menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat
di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut
akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang
baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan
rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah
orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya
ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat
baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis
penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka
masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa
proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda
dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan
mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan
dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya
juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis
penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi
krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu
tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan
lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan,
tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak
merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan
tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah,
pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang
peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
1. Tidak mengamalkannya setiap hari
2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti
dari mengambilnya
4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat
5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan
tempoh yang panjang untuk sembuh
6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat
anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
7. Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta
Simptom:
Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau Tekanan darah
tinggi, petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan
metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau Petanda
bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema, kahak Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi
kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid,
toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit di sebahagian
Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Sistem saraf yang lemah
Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang
tidak seimbang / penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang
lemah, masalah hati
Edema (membengkak) Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia
Unversity
0 comments:
Post a Comment