Saturday 15 November 2014

PediaSure Untuk Qisya

Assalamualaikum wbh semua, jam sudah menunjukan pukul 9.50 malam. Anak2 da pun masuk tidur, tapi bukan boleh caya pun, lagi2 si kakak, kejap lagi bangunlah tu, mintak susu, minta nasi, mintak roti, mintak tab... Apa pun Alhamdulillah..maksudnya sihat lagi anaknya masih boleh minta makan, hihi... Sebenarnya dah 2 bulan tak buka blog ni, nak citer pun masih blur, konon nya malam ni start nak amik feel lah gitu, so citer2 lah pasal kehidupan...


Hmmm.. nak citer pasal susu kakak yang dah naik harga tu, GST belum lagi dilaksanakan tapi susu tepung dah naik, hu..hu... mesti korang nak cakap apasal tak nak bagi susu badan kan... yang sebenarnya kakak dah 3 tahun pun, yang menyusu badan ialah si adik yang berumur 6 bulan..


Azie suka beli barang2 baby seperti susu & pampers kat Kedai Ubat & Perniagaan Thye Heng kat Puteri Wangsa, memang agak murah lah kat situ, tetiba ni da naik harga pulak, cer tengok memula RM71.90 pastu da naik RM74.50...walau begitu masih lagi beli kat situ jugak sebab murah sikit..

Tetiba rasa nak google kat www.pediasure.com, sesaja.... Godek2 try bukak kat Abbot, rupa2nya boleh register member & yang paling best mestilah boleh wat reedem, hmmmm..mengapalah daku lambat berfikir, if tak dah banyak dah terkumpul sudu tu untuk wat reedem, mesti dah boleh dapat Honda City sebijik, ha..ha.. tipu aje.. Ye lah sebulan aje kat umah 2 tin, kat school 1 tin, dah 3 sudu sebulan, rugi2...

Selain tu azie tambahkan sedikit mealshake ke dalam susu kakak, dalam setengah sudu teh gitu, wahhh... kakak dah lah ditatang penuh dengan kasih sayang, susu pun penuh dengan pelbagai vitamin, untung jadi Nur Qisya Dhia Haziqa ni..






Last month register tadika kakak pun macam tu jugak, daripada RM460 monthly, next year da jadi RM640, pergh...da dapat bayar kereta MyVi putih azie sebulan... Hmmm sangat2 lah pelaburan.. ni baru duduk kat Ulu Tiram, kalau kat bandar besar rasa2 nya baik azie benti keja bukak taska kat umah huhu..

Motif aku nak citer semua nih eh.. 

Jom berkenalan dengan Nur Qisya Dhia Haziqa bte Muhamad Rumzi (3 tahun) & Muhammad Ahza Danish Haziq bin Muhamad Rumzi (6 bulan)... Layan... (Bajet anak aku retis macam anak Che Ta ...ha...ha...)



Ni lah kakak Qisya yang peramah, periang dan agak berkira sikit, sikit aje... Kuat minum susu, kuat makan, tapi badan maintain slim, biasalah type model macam Lisa Surihani gitu, besok besar bleh jadi lawyer macam Lisa hihi..


 

Ni adik Danish yang sentiasa mengalah dengan kakak.. agak pendiam tapi lasak.. minum susu ibu..suka kaler merah, seorang anak bungsu dari 3 adik beradik..bungsu tau.. hihi

Sekian untuk kali ini, esok kita jumpa lagi if keadaan mengizinkan.. :-)

~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy