Monday 21 January 2013

Advanced Joint Health Shaklee


Bulan Januari ni Promo untuk JHT atau dalam nama panjang nya Advanced Joint Health Tablet - Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. 

JHT mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, JHT ialah formula sayur-sayuran 100%.


Mari kita baca apa kaitannya dengan…..

Ketidak Selesaan Sendi….
Osteoartritis adalah penyakit yang menyakitkan sendi yang menjejaskan berjuta-juta orang. Ini disebabkan oleh kemerosotan secara perlahan-lahan diantara sendi tulang. Osteoartritis membawa kepada keradangan menyakitkan dan pergerakan sendi yang terjejas. Rawatan  osteoarthritis biasanya terdiri daripada rawatan simtomatik dengan ubat-ubatan anti radang & kesakitan.

Adakah anda berisiko?
1.       Umur : Fungsi sendi semakin berkurang apabila semakin berusia
2.      Berat : Tekanan kepada sendi, terutama lutut & pinggul anda bertambah dengan berat badan yang berlebihan
3.      Penggunaan Berlebihan : Jika anda seorang athlet atau sentiasa bekerja dengan kekuatan fizikal, anda boleh meningkatkan tekanan ke atas sendi anda.
4.      Sejarah keluarga : Masalah sendi mungkin turun temurun
5.      Lemah otot : Kelemahan otot sekitar sendi meningkatkan risiko terhadap ketidakselesaan sendi.

Bagaimana anda boleh AKTIF LEBIH CEPAT?

Memperkenalkan : Advanced Joint Health Tablet “Keselesaan Sendi Sepantas 5 hari”




Kandungan nya dirumuskan secara saintifik :
1.       Ekstrak Boswellia:
·         yang dipatenkan, bertindak pantas, terbukti dalam ujian klinikal mendapat keselesan sendi secepat 5 hari!
·          Meningkatkan keselesaan sendi.
·         Digunakan dalam perubatan Ayurvedic sejak lebih 5000 tahun dahulu untuk merawat osteoarthritis.
·         Asid Boswellia adalah komponen utama dalam ekstrak Boswellia iaitu Agen anti-radang semulajadi yang paling berkesan & menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2.       Glukosamina berkepekatan tinggi:
·         Meningkatkan kesan kusyen antara sendi.
·         Komponen paling penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan & bendalir synovial
·         Membekalkan pelincir

3.       Satu kombinasi unik untuk kesihatan sendi  iaitu zink, tembaga, mangan & vitamin C :

·         zink, tembaga, mangan – factor bagi enzim membina kolagen & komponen tisu penyambung.
·         Vitamin C adalah nutrient paling penting dalam sintesis kolagen

Mengapa Shaklee?
·         Kerana ia bertindak lebih pantas iaitu selama 5 hari sahaja, 28% LEBIH CEPAT berbanding jenama lain.
·         Kerana ia 45% lebih berkesan untuk keselesaan sendi
·         Juga 31% lebih berkesan untuk memudahkan pergerakan

Perbezaan Shaklee:
·         100% bebas sumber laut –sesuai untuk pengguna yang alah dengan makanan laut
·         100% berasaskan sayur-sayuran – sesuai untuk vegetarian





Saturday 12 January 2013

Kelebihan masker Vitamin C Shaklee yang baru

Wanita dan vitamin C tak dapat dipisahkan..betul tak....kenapa? sebab vitamin C memang sinonim dgn kecantikan...malah ada yang sanggup berbelanja lebih nak dapatkan suntikan vitamin C lah dan mcm2 lagi lah..tapi sekarang ni jgn risau.. takyah suntik2 dah.. sila makan tablet vitamin C shaklee sahaja.. terbaekkkkk..kalau tidak, takkanlah stok vitamin C shaklee selalu habissssssss..licinnnnnn.. haha...

Secara amnya, vitamin C ni perlu untuk mengekalkan kulit yg cantik malah ia merangsang pengeluaran kolagen... Vitamin C juga boleh mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini dan banyak lagi kelebihan vitamin C.... Dan harini saya terpanggil nak update blog tentang masker menggunakan Vitamin C.. (Sblum ni dah share masker dgn Vitamin E lah.. masker dgn serbuk kolagen lah... dgn Vivix lah.. masker dgn ESP lah.. kan kan.. habis semua produk shaklee jadi masker..sib baik takde lagi yg try laundry powder jadi masker... ada yg lepas tu kene saman.. hahah). Okey2.. ni dia resipi cara buat masker menggunakan Vitamin C.. sila baca...(klik gbr utk image yg lebih jelas)
[gambar hakmilik Pn Najihah yg kini bertambah jelita sejak apply masker vitamin C.. phewwittt.]


 
Mengecutkan jerawat
Melembapkan kulit
Pori2 mengecil, muka lebih tegang, kulit lebih lembut
Syaratnya kena guna vitamic c shaklee.  Kenapa? sebab Vitamin C shaklee berbeza dengan jenama lain:
  1. Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained release.Kenapa perlu teknologi sustain release? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam. 
  2. Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
  3. Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).. dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan
Apa2 pun... testimoni di atas adalah pengalaman cikpuan Najihah..bole trial n error....takde kene mengena antara hidup dan mati. Ia tak bertujuam utk merawat mencegah atau mendiagnos apa jua penyakit...

wajah baru botol Vta C shaklee (belah kanan)..harga tetap sama
Saya sendiri teruja bila baca pengalaman Najihah.. bab cantik2 semua nak buat gakk.. tapi kene rajin dan disiplinlah yer.... kalo rajin seminggu dua je. tak acii.. ni masker kolagen...masker ESP ..masker vivix.. semua nak buat masker.. tp tak istiqamah.. tak menjadi gak.. hahah.. okey2... jom start azam baru..Selamat bermasker ye semua.... sekian tips cantik harini.. have a nice day everyone


~Salam Sayang~

Vitamin yang sesuai untuk masalah jeragat

Salam ceria semua... hmm.. harini cerita tentang jeragat....Apa itu jeragat? Jeragat tu kalau nak kenal..dlm ayat yg mudah.. ia bintik2 hitam yg kecik2 kat muka tu... bukan jerawat atau tahi lalat. tp tumbuh kecik2...(ala2 lebihan daging warna coklat atau hitam).. jeragat ni masalah kulit normal dikalangan wanita... Ia tak berbahaya tapi ia membuatkan wajah kelihatan kusam dan tak cantik.. bab2 tak cantik mmg pantang betul tak.. Okey.. yg anda perlu tahu adalah langkah2 pencegahan seperti, melindungi kulit dari matahari, pemakaian krim yg bersesuaian dgn kulit, pemakanan... dan lagi satu yg berkait dgn vitamin....Mcm keratan majalah dibwh.. dari sumber Rapi.. katanya pengambilan vitamin membantu kurangkan masalah jeragat.. which is true indeed.. kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E utk kekal sihat..
  • Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)
  • Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)
  • Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. kalai ada extra budget.. sila amik Collagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)
Sumber: Rapi 2012
Sekian lah cerita utk hari ini.. sebenarnya saya kongsi cerita jeragat dan kesihatan kulit sebab vitamin2 yg berkaitan dgn kulit ni memang sentiasa laris dikalangan customer2 dhiahaziq.com... .. selalu jadi repeat order... Well..tak kenal maka  tak cinta.. tak cuba maka tak tahu.. betul tak... so taknak ckp byk2... anda sendiri cuba dan nilaikannya... lalallalalal
Have a nice day to all....


~Salam Sayang~

Alternatif kepada Sustained Release Vitamin C Plus (nama asalnya Vit C 500mg)



"...Please be informed that Sustained Release Vitamin C pluswill only be available in April 2013 due to certain unforeseen cirmcustances...."

Haa itu dia announcement dari Shaklee.. jadi lepas ni jangan tanya ya saya.. saya mmg takde stok Vitamin C dah..Wahai semua2 yg memang setia pada produk Shaklee.. jgn risau... walaupun stok Vitamin C habis satu malaya.. anda masih ada alternatif kepada Vitamin C .....nak tahu apa? Ya iniii diaaaa.. cube tengok gambar kat bawah nii..Inilah dia alternatifnya.. dapatkan Shaklee Chewable Vita C Plus (Vit C chewable yg terbaru ni dah dilengkapkan dengan Citrus Bioflavanoid utk memaksimumkan fungsinya) 
Sila klik poster utk lebih jelas dan jemput baca info pada poster ini.. sumber ihsan dari FB Shaklee Malaysia
Pendek kata Chewable Vita C plus ni sama fungsinya  dgn Sustained Release Vita C plus cuma dosnya berbeza.. Jadi kalau anda mmg penggemar Vitamin C dan anda ambilnya utk tujuan kesihatan kulit, antioksida, meningkatkan sistem imun.. anda jangan khuatir sbb Chewable Vita C Plus 100mg menepati tujuan yg anda perlukan.. Cuma anda kene kunyahnya 2-3bj sehari..if taknak kunyah pun takpe.. telan jerr...sizenya lebih kecil....dan yg best.. satu famili boleh consume .. best bukann....Dos yg dicadangkan... ambil 1-2bj sehari dah memadai dah...(Based on RDI,keperluan badan terhadap Vitamin C hanya dlm range 60mg -95mg sehari..bergantung kepada jantina dan status kesihatan)
  
Di samping Chewable Vita C plus.. anda ada alternatif lain.. Contohnya
  •  Jika anda pentingkan kecantikan kulit, anda boleh ambil tambahan Collagen Powder (sbb Collagen Powder mengandungi Vitamin C)
  • Jika anda perlukan imuniti, anda boleh gantikan Vitamin C dengan Nutriferon dan Garlic
  • Jika untuk tujuan antioksida, boleh dapatkan alternatif Carotomax
  • dan yg lebih penting.. ambil lah Vitalea 2bj sehari.. sebab sebiji Vitalea sendiri mengandungi 60mg Vit C..so kalau 2bj, ia memberi anda 120mg Vitamin C (memadai utk memenuhi keperluan harian....cumanya Vitamin C ni mudah musnah..ia larut air.. jadi anda tambahkan dengan pengambila Chewable Vita C Plus 100mg is good enough)
Kesimpulannya.. jangan berdukacita bila dengar khabar berita yg Sustained Release Vita C plus bakal tiba April 2013 kerana ada banyak alternatif lain... Shaklee memang terbaikkkk.. I love it..

credit

~Salam Sayang~

Kelebihan Dan Kebaikan Set Penyusuan Shaklee



Alhamdulillah.. dari hari ke hari makin bertambah permintaan suplemen ini.. 

Jika anda pergi ke mana2 cawangan shaklee yang sah di seluruh malaysia ....dan anda order Brestfeeding set..pasti orang tu tak faham apa yang anda cakap....melainkan anda sebut..nak beli Vitalea.Alfalfa..B-Complex, Vitamin C...dan sebagainya.. Di dalam breastfeeding set ia mengandungi vitamin2 dan keperluan yang diperlukan oleh badan si ibu....apa beza ketiga2 set ini? Sila rujuk fakta2 dan info2 dibwh 

SET B (Asas)
SET B ialah untuk ibu yang tiada masalah kritikal dlm penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu yang sudah semulajadi kaya dgn khasiat..dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu , juga membantu masalah keputihan,lawas,bau badan, angin.


SET E (Set B + Ostematrik)
SET E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


SET 3M (Set B + ESP + Ostematrik)
Siapa yang perlu amik set ini?Set 3M ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactationMasalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Anda bagaimana? Rasanya tak perlu supplemen?
Hmm..Kalau kita nak menyusukan anak tanpa perlu mengambil apa2 supplemen..terserah… tetapi pastikan kita mampu untuk menyediakan kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan keperluan tubuh kita kita dan anak.....bak kata sahabat saya.... "kita taknaklah nanti kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang…, kulit kusam , nampak tua dari umur, tak bermaya, lesu…dan banyak lagi…"


~Salam Sayang~

Kelebihan Shaklee Performance Drink






1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau .. seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya. Bertukarlah kepada Performance Drink lupakan 100 Plus, he..he..


~Salam Sayang~

Kelebihan Joint Tablet Shaklee [AJT]




Pilihan Ramai - Joint Health Tablet

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet


credit

~Salam Sayang~

Friday 11 January 2013

Mulakan Tahun Baru Dengan Nutrien Yang Betul


Assalamualaikum wbh..
Hai semua…lama sungguh azie x update blog, agak kebusyan melanda diawal2 tahun ni,



he..he… Harapan smoga tahun baru ni kehidupan kita lebih sihat & ceria. Maklumlah ibu2 seperti kita ni badan nk pakai sepanjang hayat, dari celik mata atas katil lagi da pikir nk buat sarap apa pagi ni, siapkan makan, siapkan anak, diri sendiri, antar anak g babysitter, antar suami keja, paking keta, keja, lunch amik anak BF kat umah, makan3, antar anak umah BS semula, balik opis, petang pukul 5 lebih balik amik anak semula, sampai umah bagi anak makan, masak, dinner, kemas dapur, iron baju, bla..bla..bla... nak tengok Adam & Hawa pun kekadang x sempat…he..he… .


Gambar sekadar hiasan...selalu miss x sempat nk tengok , hu..hu..



Ok, di awal tahun baru ni marilah kita mulakan dengan nutrien yang betul. Semoga apa yang dikongsikan ini memberikan manafaat pada kita semua ye…

VIVIX & Program Kesejahteraan Keluarga berupaya memberikan nutrien menyeluruh
untuk penampilan baru anda.













Tahun baru muncul lagi dan inilah masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru dan berazam untukmemulakan sesuatu yang baru dan berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat. Sudah tentu untuk mencapainya memerlukan usaha yang lebih fokus dalam mendapatkan nutrien yang betul & mengubah gaya hidup kurang sihat anda. Ini merupakan kunci dalam mencapai keazaman. Di sini terdapat beberapa tip untuk membantu anda mencapai azam dan mengekalkan kesegaran!

1. Menggabungkan sumber protein sihat ke dalam diet anda.
Protein penting bagi satu diet yang sihat, tetapi protein yang berasal daripada haiwan
mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Protein daripada bukan daging seperti
soya merupakan pilihan protein terbaik. Protein soya sama dengan protein daripada
daging, ayam, ikan atau pelbagai jenis telur. Protein soya membanru untuk membina
dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut & kuku. Beberapa
kajian juga membuktikan yang protein soya mungkin boleh mengurangkan kolestrol
LDL.

2. Pemakanan lengkap
Makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin
dan mineral mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum, tetapi ia bukan mudah.
Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan
anda mendapat semua nutrient yang diperlukan untuk kekal sihat & bertenaga.

3. Vitamin B dan C
Vitamin B memainkan peranan bpenting dalam metabolism tenaga yang meningkatkan
tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (Vitamin B9) yang mencukupi amat penting
bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk
hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan. Vitamin C pula penting
dalam meningkatkan system pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi
menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan.

4. Tambahkan resveratrol dan polyphenols
Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet anda
dapat membantu untuk menggalakan penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap
tenaga.

5. Aktifkan diri
Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan
kesihatan. Bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengelakkan anda
diserang daripada penyakit seperti kencing manis, datrah tinggi, kandungan kolestrol
tinggi dan penyakit jantung.

6. Belajar mengurus tekanan dalam kehidupan anda
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh & otak yang sihat. Tekanan
yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan,
penyakit jantung & banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan
mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan
tekanan.

7. Elakan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
Merokok & alcohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik & mempercepatkan
proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekaranglah merupakan masa
yang terbaik untuk meningalkannya.


Antara vitamin yang dicadangkan ialah:

Vita-lea
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

 ESP @ Energizing Soy Protein
Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Vitamin C

~Salam Sayang~

Friday 4 January 2013

Perlu Ke Saya Ambil Supplement??


“Perlu ke saya ambil supplement?”
Saya pasti ramai yang pernah terlintas soalan yang sama. Terutamanya ibu menyusu yang baru pertama kali ingin mencuba supplement. Si A kata tak payah ambil..si B pula kata kena ambil. So kita ni kena ambil supplement ke tidak?
Saya fokuskan jawapan untuk ibu menyusu yer kawan2. Sebab sekarang ni dah jadi macam satu trend ibu menyusu mesti ambil supplement. Jika ibu2 nak ambil supplement Shaklee semata-mata INGIN BANYAKKAN SUSU, nasihat saya tak perlulah ambil supplement. Sebab apa? Sebab saya bimbang ibu2 akan kecewa dengan hasilnya kerana supplement Shaklee BUKAN UBAT TAMBAH SUSU yer. Jadi walaupon ibu2 dah makan supplement Shaklee nanti , susu anda TIDAK akan bertambah secara automatik.
Ibu2 kena faham konsep asas penyusuan. Supply vs Demand. LEBIH KERAP BAYI DI SUSUKAN atau LEBIH KERAP PENGOSONGAN PAYUDARA DILAKUKAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU DAPAT DIHASILKAN. Vitamin bukanlah satu cara untuk membanyakkan susu kita. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat untuk melakukan pelbagai tugas harian.
Jadi, kalau macam tu tak perlulah saya ambil supplement?
Sejujurnya sekiranya anda sentiasa memastikan diri anda dan keluarga anda makan seperti mana yang telah disarankan dalam PIRAMID MAKANAN, jawapannya YA! ANDA TIDAK PERLUKAN APA-APA SUPPLEMENT dalam kehidupan anda.
Persoalannya bagaimana piramid makanan dalam menu harian anda? Lengkapkah? Hanya anda sahaja yang lebih arif tentang itu bukan. Sebab anda sahaja yang tahu apa yang anda makan setiap hari, berapa banyak sayur yang anda makan, berapa biji buah yang anda makan…
Ya mungkin ada yang cukup yakin menu harian mereka sangat lengkap dengan protein, vitamin2..ada sayur, buah-buahan..tapi sedarkah kita cara pengendalian dan cara memasak makanan itu sendiri boleh menyebabkan makanan yang kita masak itu hilang khasiat di dalamnya. Mungkin terlebih masak ke..dan akhirnya yang tinggal hanya serat dan sisa-sisa sahaja.
Tepuk dada tanyalah selera.
Kenapa saya memilih supplement?
Sebab saya tau corak pemakanan harian saya. Saya tau jadual makan saya. Kadang-kala saya kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan segar. Ada kalanya kami makan di luar. Saya surirumah sepenuh masa, pengedar Shaklee sepenuh masa dan tukang jahit set tilam kekabu baby juga. Semua saya perlu uruskan sendiri. Saya tiada pembantu rumah. Semua kerja rumah, mengemas membasuh, uruskan anak2 & suami, nak pos barang, nak ambil stok barang, nak menjahit. Kadang2 nak memasak pon tak sempat. Sekadar masak apa yang perlu sahaja.
Jadi saya pilih supplement untuk menampung keperluan vitamin yang tubuh badan saya perlukan, yang mana saya tidak dapat peroleh dari apa yang saya makan setiap hari. Saya perlukan vitamin untuk beri saya lebih tenaga untuk menguruskan hal-hal rumahtangga dan bisnes saya. Tambahan lagi saya juga seorang ibu menyusu. Jadi saya memilih supplement agar anak saya tetap dapat khasiat yang secukupnya meskipun corak pemakanan saya yang kucar kacir.

Corak pemakanan kita semua tidak sama. Makanan harian saya sudah tentulah tidak sama dengan anda. Jadi jika anda tanya saya samada anda perlukan supplement atau tidak, jawapannya sudah anda dalam diri anda. Cuma anda perlu bertanya pada diri sendiri sahaja.

Namun tak kurang juga ada yang bertegas mengatakan ibu menyusu tak perlukan sebarang supplement untuk berjaya dalam penyusuan. Kalau atas alasan semata-mata nak banyakkan susu,Ya! Itu saya tidak nafikan. Namun kita sering terdengar keluh kesah ibu menyusu…

Antara keluhan2 yang sering saya dengar :
“Ish semenjak menyusu ni letihlah, nak bersama pun tak larat.”
“Gigi saya ngilunya bila anak menyusu.”
“Pinggang, badan, sendi2 semua sakit.” 
“Badan saya letih betul, makan tak menentu..kerja di office bnyk. Balik nak pam susu lagi.
“Muka tak bermaya langsung, nampak macam org tua lah.”
“Payudara saya lembik dan kendurlah.”

Haa…ni baru sikit je. Jadi bila ibu menyusu menghadapi masalah seperti di atas tu, adakah mereka perlu redha saja tanpa perlu berbuat sesuatu…atau ibu2 perlu bijak bertindak dengan mengambil supplement untuk membantu memperbaiki taraf kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik. Kata nak jadi SUPERMAK & SUPERWIFE kan??
Bila badan dah bertenaga, ceria, dah tak letih, tak stress, takde sakit2 gigi, sakit pinggang dah hilang, plus muka makin cantik berseri, suami makin sayangTak seronok ke camtu? Kan seronok…kita sihat gembira, tak stress..secara tak langsung dapat melancarkan penghasilan susu dalam badan. Anda mahu pilih yang mana?
Kesimpulannya…saya ambil supplement BUKANLAH semata-mata untuk tujuan penyusuan…sebaliknya supplement adalah keperluan saya untuk sentiasa sihat, cantik dan bertenaga.
Ibu cantik, sihat, bertenaga, anak gembira..suami semakin sayang!!!
Anda bagaimana??

Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor ini. Demand tinggi di kalangan ibu menyusu..well..anda nilaikan sendiri…
Vita-Lea ~ lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.
 B-Complex ~ menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan dengan berkesan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
 Vitamin C ~ Vitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C
 ESP (Energizing soy protein) ~ Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan tubuh. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Tahukah anda, pencemaran dan proses memasak yang melibatkan suhu tinggi, serta penggunaan racun perosak dan antibiotik dalam pertanian, telah merosakkan banyak rantai asid amino yg kita perolehi dari ayam,daging, ikan. ESP diperbuat dari kacang soya yang tidak di modifikasi secara genetik, bermakna baka genetik asli kacang soya. Dan ia memenuhi semua keperluan asid amino manusia.
 OsteMatrix (Calcium Magnesium) ~ diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga untuk aktiviti otot yang normal dan juga mengurangkan risiko osteoporosis.
 Alfalfa ~ adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural jika ibu mengamalkan penyusuan secara kerap dan betul. Dan alfalfa juga berfungsi mengatasi masalah keputihan dan utk kesihatan intimasi wanita.
~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy