Sunday, 3 February 2013

Kepentingan air untuk kesihatan kita.

Ramai dikalangan kita yang minum air bila rasa dahaga. Sedangkan kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pakar pemakanan untuk minum air sekuranag-kurangnya 8 gelas atau 2 Liter sehari. 


Air membentuk kira-kira 55-57 % daripada berat badan dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. So pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi amat penting untuk tubuh kita menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia penting untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Sebab itu air yang mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada tubuh. Kekurangan air akan memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan2 toksik dan lama kelamaan boleh menyebabkan buah pinggang menjadi rosak.

Air turut menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel diseluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.

Tubuh kita terdiri daripada 70% air. Sekiranya air yang terkandung dalam tubuh kita bersih, sel tubuh tentu saja akan menjadi segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu.

Dalam pada yang sama, kita perlu tahu jumlah air yang masuk ke badan kita sekurang-kurangnya hendaklah sama degan air keluar dari badan kita. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Kekurangan air juga menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan daripada badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

Malah rasa mengantuk selepas makan tengahari pun merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Seperti yang kita sedia maklum, air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Bagi menyempurnakan proses ini, tubuh menggunakan air daripada sel badan. Apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Inilah puncanya kita jadi mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian sewaktu kerja selepas makan.

Ramai yang tidak sedar diri sebenarnya mengalami kekurangan air yang kronik. Sekiranya kita hanya ke tandas 1 atau 2 kali sehari, kerap dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah takungan air, itu petanda kita kekurangan air! Tahukah anda, tanda2 seperti perut terasa kembung atau kaki kelihatan bengkak merupakan tubuh kekurangan air. Bukannya kerana terlalu banyak air.

Kurangkan berat badan
Ramai yang keliru antara isyarat lapar dan dahaga. Kekeliruan ini menyebabkan segelintir daripada anda mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Sekiranya kita mahu mengurangkan berat badan, amalan meminum air kosong dalam jumlah yang banyak adalah jalan terbaik. Ini kerana air menjadi elemen penting untuk meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.

Jika kita mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali berasa lapar. memandangan air tidak mengandungi kalori, jadi tidak timbul isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, pakar pemakanan sering menyarankan individu agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Tanpa disedari, ia dapat mengelakan diri kita daripada makan dalam jumlah yang banyak. Perlu diingatkan bahawa air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya air manis yang hanya mengandungi kalori kosong!

Malas ke tandas?
Biarpun tahu manafaat air pada kesihatan, tidak ramai yang punya 'kekuatan' untuk berulang alik ke tandas. Oleh kerana itulah golongan ini minum hanya sedikit air dan pada masa yang sama turut mengelak makanan yang mengandungi air yang banyak. Faktanya, kerap berulang ke tandas perlu dianggap sebagai perkara yang positif. Secara purata, pundi kencing perlu dikosongkan setiap 4 jam. Jadi, membuang air kecil antara 4 hingga 7 kali sehari adalah sesuatu yang normal.

Usah risau jika perlu kerap ke tandas kerana ia adalah antara cara meningkatkan kepekaan fikiran khususnya bagi anda yang lebih banyak duduk ketika bekerja. Terdapat kajian yang menasihatkan individu untuk berehat seketika setiap 1 atau 1 1/2 jam ketika bekerja. Oleh itu, anggaplah aktiviti ke tandas sebagai rehat yang bukan sahaja membantu anda membersihkan dalaman tubuh, malah merangsang tumpuan fikiran.


~Salam Sayang~

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy