Friday, 8 February 2013

Vitamin Untuk Kesuburan


Benarkah Vitamin E, Zinc & GLA  dapat membantu untuk mendapatkan anak?

Jawapan saya ini adalah satu USAHA ke arah itu kerana anak adalah rezeki daripada Allah dan Allah yang menentukan bila kita akan mendapat rezeki itu.


Gambar hiasan : 8 bulan berusaha untuk dapatkan Qisya ni...

Sebenarnya, masalah kesuburan sering dikatakan berpunca daripada pihak wanita di Malaysia. Namun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan 30-40% lelaki yang menghadapi masalah kesuburan begitu juga dengan wanita. Oleh itu, janganlah ditudingkan jari kepada si isteri sahaja apabila masih belum dikurniakan anak setelah hampir setahun berkahwin. Suami isteri perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara punca masalah kesuburan bagi lelaki :
  1. Kuantiti sperma yang sedikit dalam semen. 20juta sperma per mililiter adalah jumlah normal bagi lelaki.
  2. Sperma yang tidak sihat dan cergas yang menyebabkan sperma tidak dapat bergerak pada kelajuan yang sepatutnya.
  3. Mencapai ejakulasi lebih awal (premature ejaculation) menyebabkan air mani dipancutkan lebih awal
 Antara punca masalah kesuburan bagi perempuan:
  1. Kitar period yang tidak teratur (irregular period) menyebabkan kesukaran untuk menentukan waktu ovulasi ( subur)
  2. Masalah senggugut yang teruk. Sila rujuk kepada doctor jika anda sering mengalaminya
  3. Terdapat fibroid atau cyst di dalam rahim
  4. Kualiti telur yang rendah serta masalah dinding rahim yang lemah bagi membolehkan telur yang telah bersenyawa melekat.
Berikut adalah antara vitamin yang di sarankan untuk meningkatkan kesuburan di kalangan suami isteri.

SUAMI
Optimum : Set Optimum ( Vitalea, B-complex, Vitamin C), Zinc, Vitamin E
Minimum : Vitamin E, Zinc, Vitamin C

ISTERI
Optimum : Set Optimum ( Vitalea, B-complex, Vitamin C), Alfalfa, GLA complex, VitaminE
Minimum : Vitamin C, B-complex, GLA complex

Sekilas fakta vitamin-vitamin yang penting untuk kesuburan
Vitamin E Meningkatkan daya seksual bagi suami isteri, menghasilkan sperma serta hormone seks dan melindungi sperma daripada rosak. Membantu mengatasi masalah pancutan awal.

Zink : Mengaktifkan sperma, menjaga kesihatan testikal serta meningkatkan kuantiti sperma.

Vitamin C : Membentuk sperma yang sihat dan cergas, memperbaiki kadar kelajuan sperma, memperbaiki level hormon serta membantu system badan yang sihat.

Alfalfa : Membantu mengatasi masalah keputihan serta bertindak seperti kacip fatimah. Selain itu memberikan keselesaan kepada suami isteri ketika bersama.Malah boleh mengurangkan senggugut.

GLA complex : Memperbaiki masalah kitar period tidak teratur, membantu sperma untuk bertahan lebih lama di dalam rahim, menghasilkan cecair servikal yang memudahkan sperma untuk berenang sampai ke telur (ovum)

Tips tambahan
Berikanlah sedekah secara istiqamah dan berniat kepada Allah semoga dikurniakan rezeki anak.


~Salam Sayang~

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy