Sunday 13 March 2016

TIPS HILANGKAN EYEBAG PADA MATA




Harini saya kongsikan beberapa cara untuk elakkan dan hilangkan eyebag. Moga ia boleh membantu anda!
1. Dapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur disarankan padamkan lampu untuk badan anda rehat lebih baik. Ia juga bagus untuk mata.
2. Hadkan masa mengadap hp dan screen computer, terutama tempat gelap! Mata akan bertambah stress.
3. Elakkan mengosok dibawah mata. Kulit sekitar mata adalah sangat lembut dan nipis.
4. Minum air kosong yang cukup. InsyaAllah jika mengamalkan minum air yang cukup 8-12 gelas sehari akan kurangkan gejala eyebag.
5. Amalkan kolagen untuk memastikan kulit anda lebih elastik dan vitamin mengandungi iron (shaklee - vitalea) untuk mengelakkan gejala anemia. Anemia menyebabkan eyebag semakin ketara.
6. Detox - memastikan badan anda sihat dan peredaran darah menjadi lancar. Herblax dan alfalfa shaklee membantu detox badan anda tau!
7. Gunakan eyecream dari bahan semulajadi
Jika ikut petua orang-orang tua, anda boleh gunakan bahan berikut untuk mengurangkan eyebag disamping usaha diatas:
+ guna uncang teh yang telah diguna. Basuh dan letak di atas kelopak mata selama lebih kurang 20minit
+ gunakan hirisan tomato atau timun, letak di atas mata tertutup selama 20 minit.
Moga ‪#‎TipsCantik‬ ini dapat membantu! All the best

Friday 20 February 2015

Ostematrik Shaklee yang awesome

Sempena promo Ostematrik bulan ni, azie pun nak citerlah apa yang best sangat Ostematrik ni pada azie.. Entry sebelum2 ni, rasanya macam azie dah citer yang azie ada sembelit yang agak le kritikal sampai berdarah2 gitu. Orang buang air sehari 2 kali tapi azie seminggu sekali, cer bayang kan betapa x sihatnya azie ni... Tapi bila Master Laila kenalkan ostematrik (azie ingat lagi masa tu bulan puasa, azie memang dah amik set menyusu tapi tak ambil ostematrik pun sebab bajet tulang kuat sangat huhu...). 

Biasa lah dolu2 kan tak tau macamana penting nya kalsium pada kita ibu2 yang menyusu ni, baru lah tau rupanya anak2 akan mengambil kalsium daripada susu ibu, sedangkan ibu sendiri perlukan kalsium untuk hidup sihat, hmmmm...dah lah kalsium sikit di ambil pulak oleh anak, mana tak cukup, ditambah dengan sembelit nya... Azie amik kalsium tu sebab susu kurang & letih masa bulan puasa...tapi yang pelik & ajaibnya sebab sembelit azie yang dah dekat 30 tahun tu dah pulih, suka...suka..suka...sangat..

Bayangkan masa bersalin anak yang pertama & kedua betapa siksanya nak ke toilet, nak makan banyak pun takut, sampai g tiolet bila meneran tu sampai nampak bintang2...Ingatkan kat dalam kartun aje ada bintang2.. Rupa2 nya bila kita meneran terlalu kuat tapi tak keluar jugak bintang2 yang keluar, berpinor mataku...

Hmmmm tapi tu semua tinggal kenangan yang mengerikan, sekarang Alhamdulillah, dah tak ada lagi semua tu, hidup kembali normal, tak terkata nak ucapkan terima kasih ya Allah sebab menemukan azie dengan ostematrik Shaklee ni (dengan bantuan Master Laila). Bukan azie tak cuba dengan makan pisang, makan betik, makan sayur daun2 banyak, minum air banyak, tapi tu semua tak menjadi, mungkin tak serasi dengan diri azie, jika orang lain buat semua serasi sangat bertuahnya mereka itu..Bukan juga azie tak cuba pergi klinik amik ubat, tapi bila makan ubat spital mula lah perut bergoncang2 rasanya, memulas2nya bikin rasa mau tidur dalam bilik air saje...

Tapi bila anak dah masuk tiga ni, hidup agak kurang 24 jam sehari rasanya memang tak cukup & tak menang tangan, sambil menyusukan baby Danish sambil2 tu lah jugak ibu tertidur, bukan sekali dua malah dah berkali2. Nasib baiklah kakak Qisya yang 3 tahun tu boleh aje nak apa2 dengan ayah, kalau ibu jugak, mau menangis ibu waaa...waaa.... 

Ok sambung, bila dah tertidur tu maknanya tak makan lah OSTEMATRIK 4 BIJI SEBELUM TIDUR, sebab azie dah tertidur krohhh krohhh huhu. Bila sehari tak makan ostematrik ok lagi, bila dah masuk 2 @ 3 hari tau tak apa yang terjadi???. 

1. Bangun pagi rasa letih sangat
2. Solat subuh pun tulang bunyi kriuk...kriuk..
3. Sembelit kembali datang menyerang walau sehari
4. Tulang belakang sakit sangat (sebab menyusukan Danish biasanya mengiring)
5. Yang paling tak boleh terima ialah bila berjalan pakai high heal (kan macam terhentak2 yg mild gitu) gigi terus jadi ngilu & rasa nak tercabut gitu, rasa nak gugur ke bawah giginya... Faham tak apa yang azie cakap ni, nampak macam kelakar kan bila rasa gigi nak tercabut....

Tapi itu lah hakikat nya...Tapi bila teringatkan yang bila kita kurang makan kalsium
1. Sembelit
2. Gigi & tulang jadi rapuh 
3. Badan boleh jadi pendek bila dapat sakit Osteoporosis

Terus berikrar dengan diri yang azie tak kan tinggalkan Ostematrik ni lagi sampai bila2... doa kan lah azie...amin...

Berikut adalah jadual keperluan kalsium yang diperlukan engikut peringkat umur


Keperluan kalsium mengikut umur
Jadual keperluan kalsium mengikut umur

Gambar ikhsan diatas : vitamin2u.net

Yang tak mengalami masalah seperti azie mungkin tak mengambil endah sangat pasal kalsium ni, ambil enteng sahaja, peringatan azie, cegahlah sebelum parah, tak kan nak tunggu gigi & tulang rapuh baru nak ambil. Ingatlah semua orang lelaki & perempuan perlukan kalsium..Semua orang ye...baby kecil sehingga orang tua memerlukan..Sekian terima kasih, lama dah membebel ni..hihi..

JOM SAYANGI TULANG KITA, JANGAN TUNGGU SAMPAI TULANG BERBUNYI KRIUK2... SAPE TAK SAYANG TULANG OIII

Jom jogging ....sape menang dapat hadiah
Dah penat jogging kita rehat hihi

Seblum lari amik gambo dulu...

Wahh...Qisya ada gaya jadi instructor gym nih..
~Salam Sayang~

Promosi Februari 2015

as salam... maaf dipinta kerana sudah lama tidak berupdate blog ini, hmmmm.... nk citer sempena bulan february ni, macam luar biasa pula bila Shaklee ada 4 item yang dipromo kan (betul ke ayat ni?) hihi... Kita ada Vita-lea untuk dewasa, Vita-lea untuk kanak2, Ostematrik & JHT (Joint Health Tablet). Seronok tau sekarang...sekali promo abes 4 jenis vitamin sekaligus. Hmmmm..sambil2 tu bolehlah klik kat sini if nak tau tentang2 vitamin ni ye..







~Salam Sayang~

Wednesday 18 February 2015

Vita-lea Kid Shaklee telah kembali..

Hi.....
as salamualaikum wbh... macamana keadaan hari ni, pasti semua gembira kan sebab hari ni cuti CNY, bolehlah buat apa2 kerja yang tertangguh kat umah tu. Azie memang dah ada list lah nak buat kat umah ni, hihi...tak pergi memana pun, dok umah aje, rimas ramai2 orang sangat nih, dengan nak bawa baby Danish ni, memang terpeleot lah tudung, dress ni, depan cermin aje rasa dah cantik, bila dah bawa Danish, dah masuk kereta, dah breastfeed dalam kereta, habis semua setting lari, kadang2 keluar kereta pun lupa nak zip blouse sebab perasan mcm dah zip, lagipun shawl nya labuh, tu yang x perasan, begitu lah penangan ibu2 yang beranak kecil, rasa tak cukup masa sehari 24 jam sebab blouse pun lupa nak zip, hihi... Danish...Danish...


Sempena telah kembalinya Vita-Lea untuk kanak-kanak ni, nak lah jugak azie share serba sedikit tentang nya. Azie join Shaklee tahun Feb 2011 masa tu dah tak kuar lagi Vita-Lea untuk kanak-kanak ni...tetiba tahun ni dah kembali semula dengan formula yang telah dpertingkatkan... Ni lah dia rupanya... comel aje...


Vita-lea ni mengandungi multivitamin & multi mineral yang telah dirumus khas untuk kanak-kanak. Mengandungi 18 vitamin & mineral asas yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat & bertenaga. Antara keistimewaan nya ialah :
  • 100% lengkap dengan vitamin Powder yang merupakan asas bagi membina kekuatan fizikal & pertahanan badan kanak-kanak iaitu viitamin C,D,E & 8 jenis vitamin B
  • Mengandungi 200mg kalsium, magnesium & zink & pelbagai mineral penting untuk fungsi optimum tubuh badan kanak-kanak.
  • Berperisa semulajadi dengan xylitol yang mencegah pembentukan kaviti
  • Bebas sebarang perasa tiruan, manisan tiruan & bebas bahan pengawet.
  • Bebas gluten & mempunyai perisa anggur semulajadi. 
KEBAIKAN VITA LEA KANAK-KANAK:
  • Merupakan sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan & pertahanan badan kanak-kanak
  • Bekalan harian vitamin B untuk membantu kanak-kanak lebih fokus dalam pembelajaran & untuk memelihara saraf.

Memang dicipta khas untuk kanak-kanak, jika azie jadi kanak2 memang terasa dihargai bila ibu bapa memberikan nya, hihi... 

~Salam Sayang~

Saturday 15 November 2014

PediaSure Untuk Qisya

Assalamualaikum wbh semua, jam sudah menunjukan pukul 9.50 malam. Anak2 da pun masuk tidur, tapi bukan boleh caya pun, lagi2 si kakak, kejap lagi bangunlah tu, mintak susu, minta nasi, mintak roti, mintak tab... Apa pun Alhamdulillah..maksudnya sihat lagi anaknya masih boleh minta makan, hihi... Sebenarnya dah 2 bulan tak buka blog ni, nak citer pun masih blur, konon nya malam ni start nak amik feel lah gitu, so citer2 lah pasal kehidupan...


Hmmm.. nak citer pasal susu kakak yang dah naik harga tu, GST belum lagi dilaksanakan tapi susu tepung dah naik, hu..hu... mesti korang nak cakap apasal tak nak bagi susu badan kan... yang sebenarnya kakak dah 3 tahun pun, yang menyusu badan ialah si adik yang berumur 6 bulan..


Azie suka beli barang2 baby seperti susu & pampers kat Kedai Ubat & Perniagaan Thye Heng kat Puteri Wangsa, memang agak murah lah kat situ, tetiba ni da naik harga pulak, cer tengok memula RM71.90 pastu da naik RM74.50...walau begitu masih lagi beli kat situ jugak sebab murah sikit..

Tetiba rasa nak google kat www.pediasure.com, sesaja.... Godek2 try bukak kat Abbot, rupa2nya boleh register member & yang paling best mestilah boleh wat reedem, hmmmm..mengapalah daku lambat berfikir, if tak dah banyak dah terkumpul sudu tu untuk wat reedem, mesti dah boleh dapat Honda City sebijik, ha..ha.. tipu aje.. Ye lah sebulan aje kat umah 2 tin, kat school 1 tin, dah 3 sudu sebulan, rugi2...

Selain tu azie tambahkan sedikit mealshake ke dalam susu kakak, dalam setengah sudu teh gitu, wahhh... kakak dah lah ditatang penuh dengan kasih sayang, susu pun penuh dengan pelbagai vitamin, untung jadi Nur Qisya Dhia Haziqa ni..






Last month register tadika kakak pun macam tu jugak, daripada RM460 monthly, next year da jadi RM640, pergh...da dapat bayar kereta MyVi putih azie sebulan... Hmmm sangat2 lah pelaburan.. ni baru duduk kat Ulu Tiram, kalau kat bandar besar rasa2 nya baik azie benti keja bukak taska kat umah huhu..

Motif aku nak citer semua nih eh.. 

Jom berkenalan dengan Nur Qisya Dhia Haziqa bte Muhamad Rumzi (3 tahun) & Muhammad Ahza Danish Haziq bin Muhamad Rumzi (6 bulan)... Layan... (Bajet anak aku retis macam anak Che Ta ...ha...ha...)



Ni lah kakak Qisya yang peramah, periang dan agak berkira sikit, sikit aje... Kuat minum susu, kuat makan, tapi badan maintain slim, biasalah type model macam Lisa Surihani gitu, besok besar bleh jadi lawyer macam Lisa hihi..


 

Ni adik Danish yang sentiasa mengalah dengan kakak.. agak pendiam tapi lasak.. minum susu ibu..suka kaler merah, seorang anak bungsu dari 3 adik beradik..bungsu tau.. hihi

Sekian untuk kali ini, esok kita jumpa lagi if keadaan mengizinkan.. :-)

~Salam Sayang~

Friday 12 September 2014

Lagi-lagi collagen.. Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder.
Ha.... nampak tu apa yang azie tulis.. Berkesempatan dengan Promo Collagen bulan ini, azie pun nak ler citer sikit, azie rasa start tahun 2010 memang melampau-lampau promo kolagen ni, macam cendawan ntah apa2 nama semua timbul, ada yang makan 3 hari da terus cantik giler macam orang korea, susah nak dterima oleh akalku... ada tu seminggu dah jelita, sebulan suaminya terus pengsan, maklum lah cantik sangat ha ha ha....



Tapi Shaklee ni, tahun 2012 baru lah ada dikeluarkan, setelah melalui pelbagai penyelidikan. Masa tu berebut2 jugak lah azie pun beli sama, produk Shaklee sapa yang tak nak kan.. Sebelum tu azie ada jugak lah makan apa tu rumpai laut, yang ada gred A, AA lah AAA, berapa banyak A da... azie beli rm20 sepeket, gigih azie masak 1 periuk pastu masukan dalam bekas tauhu yang kecik2 tu, dapat lah dalam 5 mangkok, tak sabar nak cantik konon, penjual tu kata makan 2 susu besar setiap pagi, azie rasa takut pulak nak makan 2 sudu, so azie try lah dulu 1 sudu dulu, baru makan 2 hari susu aku dah merundum, huhu nangis .. terus stop, mungkin x sesuai dengan azie, pastu bila dah stop dalam seminggu baru lah susu azie kembali normal. Pengalaman betul lah.. serik dah, last2 azie bagi kawan kat opis azie cik Siti Nurbayah yang manis macam kueh apam tu, dia tak BF ok kot... Balance yang banyak tu azie simpan aje dalam peti ais, last2 tengok dah berkulat, terus kubuang ke dalam tong sampah. Macam azie kata tadi dengan azie tak sesuai kot, mungkin dengan orang lain memang menjadik terus cantik putih melepak macam emma maembong tu..








Dan siaran ulangan lagi..inilah yang azie baca dari pamplet Shaklee tentang kolagen powder ni.

Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu - 8 minggu ye adik2 bersamaan dengan 2 bulan bersamaan dengan 4 kotak..


♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut. Jelas ye semua adik2..

So, sempena bulan September ni jom kita dapatkan dengan beli 6 percuma 1. Sangat berbaloi tau, bila lagi nak cantik kan.. 

~Salam Sayang~

Saturday 30 August 2014

GLA & Lexee

Nak citer apa lagi pasal GLA, menda da best...semua dah citer...hmmm...tadi pagi wasap2 dengan rakan sekolah, dah jadi cikgu dah rupanya mila ni, comel aje... Baru tau dia pun amik Shaklee jugak untuk dapatkan baby yg last ni. Untuk Set Kesuburan, GLA ni memang dah banyak kali terbukti, azie dah pun pernah share sebelum ini kan... Bagi yang terasa teringin nak menambah anak tu jom lah amik Set Kesuburan Shaklee ini, memang berbaloi...

Seperti yang kita sedia maklum antara khasiat GLA ini ialah :
  • Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal estrogen dan testosteron – GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Menambah kesuburan wanita – Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup hingga 5 hari. GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.
  • Melambatkan menopause – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Mencantikkan kulit – memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
  • Mencantikkan rambut – memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
  • Pelangsingan – merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc.
  • Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
  • Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) – terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.



Azie pun ada customer yang menghidapi cyst, dari 8cm mengecil jadi 7cm, 4cm, last2 ni dah tinggal 2cm, doc pun x jadi nk operate, suka lah tu... Disamping makan GLA azie juga cadangkan guna bersama pad Lexee:

Lexee ni mampu melegakan/mencegah :
  • Senguggut
  • keputihan
  • Haid yang tidak teratur
  • Sakit belakang pinggang
  • Jangkitan Bakteria
  • Anti kanser
  • Stabilkan Hormon
  • Darah Beku
  • Buasir
  • Alahan/Penyakit Kulit
  • Sembelit
  • Masalah Cyst/Fibroid
  • Kegatalan
  • Masalah Prostat
  • Kencing Tidak Lawas
  • Melambatkan Menopose

So memang gabungan GLA & Leexe sangat menjadik lah kata orang. Saling memerlukan..

~Salam Sayang~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy