Thursday 27 June 2013

Set Mighty 3 Gem, Jom.......Berpuasa Dengan ESP, Meal Shakes & Performance Drink



Assalamualikum wbh. Malam ni Nisfu Syaaban, Alhamdulillah sempat jugak menyudahkan bacaan yasin 3x, semoga kita semua dilimpahi rahmat & kesihatan yang baik. Esok bolehlah puasa sunat ye :-)

Malam ni nak citer pengalaman ketika berpuasa tahun lepas...
Ketika mengandungkan Qisya pada bulan puasa tahun lepas, usia kandungan dah mencecah 7 bulan memang dah berazam nak berpuasa penuh, tetapi tak dapat jugak sebab kena minum air gula untuk chek samada ada kencing manis @ darah tinggi, lagipun berat memang naik melampau2, maklumlah selera makan masa mengandung amat sukar untuk di bendung, apa lagi sume makanan dilayannn..he..he..

So tahun ni bila dah menyusukan Qisya amatlah takut kalau2 susu tak cukup bila bulan puasa nanti, tercari2 gak kalau ada produk yang boleh memaintainkan pengeluaran susu, bila tanya Kak Laila dia cadangkan boleh ambil Performance Drink & Meal shake. Azie memang dah ambil Set 3M iaitu Set Menyusu + Ostematrik & ESP (sangat berbaloi-baloi)…

Disini dengan rasa perasaan kasih-sayang yang amat mendalam, cewah.... azie amatlah mencadangkan bagi ibu2 yang menyusui anak mengambil set ini untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih cergas & semangat untuk mengepam sentiasa tinggi & tidak berbelah bagi... Sebab apa? Azie sendiri dah merasai pengalaman sebelum & sesudah mengambil set Set Mighty 3 Gem ini.... Kat opis x de lah rasa nak melepek aje...Pukul 10pagi pam susu pun masih dapat 8 oz. Mencabar tu...Gigih tau...

Jom kita tengok apa yang ada didalam set tersebut :-)




Energizing Soy Protein

Protein adalah unsur terbesar didalam tubuh kita selepas air. 25% Badan kita adalah protein. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Kadar G.I (Glycemic Index) Shaklee ESP adalah serendah 39 sahaja!  G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.  Mengekalkan pasras gula dalam darah yang rendah amat PENTING dalam proses pengurangan berat badan dan untuk penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Seperti yang kita tahu, selain membuat ibu-ibu kekal bertenaga, ESP juga adalah milk booster hebat untuk Ibu! Jadi tak perlu rungsing tentang susu lagi!

Selain ESP, Performance Drink juga disarankan untuk ibu menyusu yang ingin menjalankan ibadah puasa.

Performance Drink

Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi. Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk ibu mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu hamil & menyusukan, sekurang-kurangnya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Kenapa Performance Drink, bukan minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

 
Meal Shakes

Mengandungi protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral lain. Rasa original vanila dan berbau harum. Macan aiskrim vanila tu. Jadi, walaupun berpuasa badan tetap sihat kerana telah dibekalkan dengan nutrien yang mencukupi semasa sahuradalah lengkap untuk yang nak berpuasa, anak kecil yang susah nak makan jadi kuranglah nutriennya, sarapan atau sahur untuk anak ke sekolah, suami ke tempat kerja, isteri yg bekerja di rumah atau di luar atau orang tua yang susah nak telan pil vitamin.

Bagi ibu2 yang menyusu di luar sana jom dapatkan Set Mighty 3 Gem ini...


~Salam Sayang~

Sunday 23 June 2013

CoQ Health Shaklee -Produk Terbaru Pada Jun 2013

Assalamualaikum semua..

Haaa.....Shaklee telah pun  melancarkan produk terbaru di Malaysia iaitu CoQ Health pada 8 Jun 2013
Apa pulak CoQ Health ni ye?
Jom kita berkenalan dengan produk hebat ini.



CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan? 
 
Di antara fungsi Co Enzim Q10 :

- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung
 
 Co Enzim Q10  boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti  didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.
 
Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi 
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

Shaklee's Difference ??

Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :

>> mengandungi campuran  Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
     Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.

>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

credit

~Salam Sayang~

Saturday 22 June 2013

Mesti baca!!! Vitamin E Shaklee Untuk Hilangkan Parut Chicken Pox

Benar, parut pada wajah atau tubuh badan kadang-kadang membuatkan kita kurang keyakinan. Tidak kiralah di depan umum, suami atau keluarga. Mungkin sebelum ni anda dah cuba perlbagai produk, namun kurang kesannya. Ada yang tidak menyembuhkan malahan memburukkan lagi keadaan kerana bahan kimia yang tinggi dalam produk tersebut. Nak cantik jadi bertambah tak cantik. Kesan jangkamasa panjang belum tahu lagi tu.



Entry sebelum ni saya pernah kongsikan Vitamin E untuk Kulit Cantik & Tingkatkan Kehangantan Hubungan Suami Isteri dan juga Rahsia Kulit Cantik, Bebas Parut, Bebas Masalah. Oleh itu hari ni saya nak share satu entry yang dipetik dari Blog Fai.
Fuh!!! Saya teruja! Anda bagaimana? Jom tengok testimoni bergambar hubby Fai.

------------------------------

Bulan July lepas, hubby kena chicken pox yang agak teruk. Habis satu muka dia penuh dengan parut2 chicken pox tu. Fai pn apa lagi, bila hubby baik jer dari chicken pox... Fai terus sapukan minyak vitamin E kat tempat2 parut di kawasan muka hubby. Memang sapu sungguh2 la sebab nk bagi parut2 tu cepat pudar. Hihi... Bila parut tu dah mula pudar, fai hanya sapukan vitamin E 2-3kali seminggu jer. Tapi yang penting Fai memang tak pernah skip bagi hubby basic vitamin (optimum set). Alhamdulillah... Setelah lebih kurang 2-3 bulan, parut-parut kat muka hubby semakin pudar dan berkurang... Syukur sangat...



Ermmm, mulanya Fai sendiri tak percaya tengok gambar ni. Siap kelip2 mata lagi... Hihi... Yela, kadang2 kita ni yang hari2 ngadap muka, bertentang mata... tak perasan sangat perubahannya. Tapi bila dah tengok balik gmbar en.hubby masa kena chicken pox dulu compare dengan gambar sekarang.... Pheeewwiiiittt.... Memang rasa macam "magic"... Hihi... Raya Aidiladha yg lepas pun adik Fai ada tegur "kak, muka abg dah bersih laaa" hehehe... Yes!!! Fai memang gelarkan vitamin E ni "vitamin ajaib"... Hanya yang dah alaminya akan percaya keberkesanannya... ^-*


 

 
Jom kita tengok apa dia khasiat lain Vitamin E selain membantu memudarkan parut2 :
 
· Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).

· Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

· Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.

· Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.

· Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

· pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

· Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

----------------------------------------------------

Bukan Vitamin E sahaja, Fai juga konsisten berikan en.hubby vitamin2 dalam dibawah tauuu...

Vitamin C:
Penting untuk pertumbuhan tisu, membantu dalam membaik pulih tisu, merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen, "antihistamin" semulajadi dan meningkatkan tahap sistem pertahanan badan.

Salah satu faktor yg membantu parut2 di muka en.hubby cepat recover… lagi satu, yg Fai perasan sekarang ni dah kurang jerawat yg muncul kat muka. Hihi…
 
Vitalea/Multivitamin:Mengandungi 28 nutrien termasuk 12 jenis vitamin dan 7 galian. Vitalea ni penting sebab kami berdua ni makan tak ikut piramid makanan. Kadang2 makan lauk jer takde sayur. Buah pun jarang2 makan. Fai pula jenis yang memilih, so memang kena makan vitalea ni hari2 agar badan dalam sumber nutrien yg lengkap. Hehe…

B Complex:
Sangat penting dalam metabolisma karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif (mood baik)


----------------------------------------------------
 
Hmmmm... memang benar, Vitamin E memang berkesan! Jom dapatkan sekarang
 
 
~Salam Sayang~
 
 




 

Tuesday 18 June 2013

Set Kesuburan Shaklee Paling Basic

Alhamdulillah, gembira bila customer (kawan satu opis) dah disahkan mengandung apabila mengambil Set Kesuburan Shaklee ini. Teman opis azie ni cuma ambil supplemen yang paling basic sahaja iaitu VitE & Zinc untuk suami dan B-Complex & GLA untuk isteri. Tahniah sekali lagi untuk Ila & suami. Mestilah gembirakan..anak yang sulung pun dah berumur 4 tahun. Dah bermacam2 dicuba untuk hamil tetapi gagal. Alhamdulillah dengan Shaklee ni dipermudahkan urusan nya... Sekarang Ila sudah pun mengambil Set Kehamilan Shaklee, semoga baby Ila dapat membesar dengan sihat ye..

 
 
 Jom kita tengok apa kebaikan setiap supplemen ini :-
 
Untuk Suami
Vitamin E meningkatkan daya seksual bagi suami isteri, menghasilkan sperma serta hormone seks dan melindungi sperma daripada rosak. Membantu mengatasi masalah pancutan awal. 
 
Zink : Mengaktifkan sperma, menjaga kesihatan testikal serta meningkatkan kuantiti sperma

Untuk Isteri
Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
 
GLA complex : Memperbaiki masalah kitar period tidak teratur, membantu sperma untuk bertahan lebih lama di dalam rahim, menghasilkan cecair servikal yang memudahkan sperma untuk berenang sampai ke telur (ovum)

credit to Mommy Lyna untuk info ini~*

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:
• Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
• Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
• Penyakit berkaitan kelamin.
• Penyakit berkaitan masalah pelvik.
• Merokok.
• Pengambilan kafein yang berlebihan.
• Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
• Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
• Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
• Sperma kurang cergas
• Sperma yang tidak sempurna
• Sekatan pada saluran semen
• Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.


Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
• Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
• Pendedahan terhadap punca radiasi.
• Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
Di samping itu, kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

Perlu diingatkan pengambilan supplement adalah sebagai salah satu cabang usaha. Ianya bukan magik. Disamping usaha2 yang lain, perlu kita tingkatkan doa dan berfikiran positif.

credit

~Salam Sayang~
 

Set Diabetis Shaklee

 
 
 
 
Kira-kira 8.3% dari orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dan kebanyakannya diabetes type 2. Diabetes jenis ini dikatakan bersifat keturunan, yakni bila ibu bapa ada menghidap diabetes, anak-anaknya mempunyai risiko sehingga 80% untuk turut menghidapnya.

Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi mendedahkan mereka kepada diabetes type 2 bila dewasa nanti.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program diabetes Shaklee sama sekali tidak untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi teruk.
 
Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:

- B complex
- Zinc Complex
- Vitalea

- Vitamin C

Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik:
- Vivix
 

Insya-Allah, dengan pengambilan konsisten dan doa serta tawakal pastinya diabetes anda dapat dikawal. Suplemen2 di atas terbukti secara klinikal membantu pesakit diabetes secara ringkasnya:

B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga
ZINC – membantu penghasilan insulin & memulihkan luka
VITALEA – Mengandungi multivitamin dan mineral untuk keperluan tubuh

VITAMIN C - Mengukuhkan kapilari & salur darah
 VIVIX – memperbaiki sel, sumber antioksidan terbaik
 

credit

~Salam Sayang~

Wednesday 5 June 2013

Supplemen Untuk Kanak-Kanak

Ibu-ibu dan bapa-bapa... dapatkan yang terbaik untuk anak-anak anda.. agar anak anda dapat membesar dengan sihat dan cerdas/pintar... Dapatkan suplemen Shaklee yang diperbuat dari sumber semulajadi, tiada perisa/pewarna tiruan, dan sangat2 selamat diambil dalam jangkamasa panjang.


Meal Shakes
-Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
-Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
- Rendak lemak dan rendah glisemik
-Sumber protein dan kalsium
-Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

Omega Guard
-Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
- Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
 
Chewable Vita-C @ 100mg
-Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Dan saya juga nak share beberapa testimoni pengguna mealshake dan omegaguard ( sebab dua ni suplemen yang memang hot dan selalu ibu-ibu beli untuk anak mereka)

kali ni...saya buat marathon untuk testimoni pengguna omegaguard dan Mealshake...


@sekadar perkongsian
@sekadar perkongsian

@sekadar perkongsian

@sekadar perkongsian

@sekadar perkongsian

@sekadar perkongsian
~Salam Sayang~

credit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy