Friday 22 February 2013

GLA Complex Shaklee lebih bagus daripada Evening Primrose Oil?


Umum mengetahui EPO adalah sangat sinonim dengan wanita yang sentiasa  mahu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tetapi tahukah anda, di Shaklee juga terdapat satu produk yang mampu menandingi kehebatan EPO?

Perbezaan Shaklee

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! 

*Borage*

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

Keistimewaan GLA Shaklee



1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

credit

~Salam Sayang~

Set Kesuburan Shaklee


Dalam entri yang lepas saya ada kongsikan tentang mudah hamil denga GLA Complex Shaklee. Lalu, apakah makan GLA Complex saja untuk kesuburan?

Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi vitalea, B Complex, Vita-C, dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C , VitE dan Zinc Complex.

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vitamin E meningkatkan daya seksual bagi suami isteri, menghasilkan sperma serta hormone seks dan melindungi sperma daripada rosak. Membantu mengatasi masalah pancutan awal. 

Vitamin C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan 

Zinc Complex untuk suami. 

Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.


~Salam Sayang~

Thursday 21 February 2013

Kecantikan dengan B-Complex, VitE & VitaC Shaklee


Ramai antara kita yang mempunyai masalah kulit kusam, pigmentasi, jerawat, kulit kering dan macam-macam lagi. Ianya bukan sahaja kerana faktor umur, tetapi kadang-kadang faktor persekitaran, cara pemakanan dan juga alahan.



Kalau anda mahu mengatasi masalah ini dengan selamat dan insyaAllah berkesan, anda boleh lah mencuba Set Kecantikan kami. Kalau anda cuma titik beratkan kecantikan luaran sahaja tetapi tidak menjaga dalaman, hasilnya pastilah tidak memberangsangkan. Kata orang, bermula dari dalaman yang bersih insyaAllah akan terpancar sehingga ke luar. Ada antara kita sanggup membeli alat mekap yang mahal-mahal, tapi kenapa tak sanggup nak beli suplemen untuk diri sendiri? Orang yang cantik biasanya mempunyai kulit yang sihat dan cantik. Tak perlu berselindung di sebalik mekap-mekap yang tebal. Shaklee adalah pengeluar suplemen yang terkenal dengan kekerapan membuat R&D dan sentiasa membaiki mutu suplemennya. Dan ianya memang telah terbukti berkesan semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan anda memakan sesuatu yang berkhasiat, insyaAllah badan turut menjadi sihat.

Ok jom kita lihat apa yang ada di dalam Set Kecantikan ni ya. Ada 3 jenis vitamin yang sangat penting.
American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.
Jom kita lihat testimoni mereka yang berpuas hati dengan ini.


CREDIT TO VITAMIN SEMULAJADI

Dan ini adalah apa yang Nadia emelkan mengenai testimoni dia berkenaan penggunaannya

Gambar ni nadia saje nk tunjuk kat akak. Gambar sebelum nadia amik set kecantikan dan slps amik set kecantikan..sebelum amik tu,muka mmg da berparut,berparut je nadia blh tahan lagi,jerawat naik tak henti2..tak cukup dgn tu,muka nadia jadi kusam,jadi makin gelap..mmg malu sgt2..mase tu tak kisah sgt,sbb nadia tgh praktikal,tapi bile da nk bukak sem baru,ase segan nk p blaja ngan keadaan muka camni..hilang keyakinan diri..usha2 dlm internet,jmpe la blog akak sal Shaklee ni..amik risiko nak try mkn vtamin ni..hehehe..doktor ckp ok,dia ssuai utk vtamin tmbhan..tu berani order ngan akak..bln7 2011 nadia try set kecantikan ni,Alhamdulillah,walaupun awal2 pengambilan,jerawat nadia naik bertambah banyak,tapi dia beransur2 hilang..parut pun da kurang,xde bintik2 hitam dah..sekarang ni nadia da blh mkn mknan laut dah,xperlu isau tkt jerawat naik..gambar terbaru nadia ni,hsl pngambilan vtamin set kecantikan..xperlu edit2 dah..sbb parut da kurang..hehe..i’Allah nadia akn trs amalkan pngambilan vitamin ni

Ini bukan auta ya.. Ini adalah fakta.. Sebenarnya bila anda consume SET Kecantikan ini, dalam masa yang sama akan mendapat banyak manfaat lain. Contohnya vitamin E boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan bersenam. Dan bagi ibu yang menyusukan anak, vitamin E juga boleh menjadi first aid dalam mengatasi bengkak susu! Wah.. bonus banyak kan..


~Salam sayang~

Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee!


Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu anda untuk cepat hamil?

Antara fungsi GLA (gamma linolenic acid) adalah menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 



Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1. 

(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)

Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan. Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P


~Salam Sayang~

Saturday 16 February 2013

Jeragat.. atasinya dengan GLA


Alhamdulillah... mulakan pagi yg indah dengan lafaz syukur padaNya. Biarpun sebenarnya minggu ni amatlah takde mood nak berblog. Bukan takde idea, kalau nak diikutkan ada banyak yang nak dishare..., Hmm...tapi bila tak update blog, rasa bersalah la plak.. Memandangkan saya yang tak tahu nak tulis apa arini. Maka marilah kita baca kisah Pn Norita yg memberikan vitamin Shaklee kepada adiknya. Yang pada asalnya untuk sakit operation lepas hempedu, tetapi kulitnya pula bebas dari jeragat.. Mari kita baca..

Gambar sekadar hiasan
Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.
 

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil.Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik coklat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur)kini ia lebih dari itu.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.

Anda berminat? Kesan cepat atau lambat menghilangkan jeragat adalah bergantung kepada cara anda mengamalkannya. 


~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy