Friday, 14 March 2014

ESP Shaklee Promo March 2014

Salam Semua...

Bulan ni nak cerita pasal ESP Shaklee yg gojes itu... Tahun 2013 x de pun nak promo2 ESP ni, maklumlah tak promo pun ESP selalu kehabisan stok, ini kan pula nak buat Promo Beli 6 Percuma 1, dapat free membership untuk seumur hidup pulak tu.. Tak tau ler apa nak kata... betapa untung nya korang pada bulan Mac 2014 ni...



Agak2 kalau citer aje betapa best nyer ESP ni tanpa bukti orang percaya tak? Mesti le nak tengok bukti dulu kan... First nak citer masa menyusukan Qisya amik set menyusu yang dah tentu2 ada ESP. Susu memang x pernah putus. Tak payah nak susah2 hati. Bila sendiri guna dan dapat kesan terbaik maka azie pun suggest lah pada kawan2 opis yg BF baby mereka. Sampaikan yang tengah peknen pun dah start booking set menyusu yang ada ESP ni. Yang masih BF memang akan repeat order lah... Syukur Alhamdulillah dapat membantu mereka.

Ada juga kawan opis yang amik ESP ni tapi digabungkan dengan set kecantikan, hasilnya mereka kata kuit rasa lembut dan anjal gitu. Setakat 2 minggu pertama ni azie dah berjaya jual 21 tin ESP. Semuanya berebut beli lebih daripada 1 tin, maklumlah kan dah terang2 sangat menjimatkan untuk pembelian pada bulan March ini.. Anda bila lagi hihihi :-)

Azie minum ESP ni memang campur dengan Performance Drink & Meal Shake. Rasanya lebih sedap gitu. Tapi ada juga kawan2 yang campur dengan Milo, Horlicks, Susu Kotak @ apa air kegemaran mereka... Ye lah tekak kan lain2 .. Tak kan nak paksa orang minum apa yang kita suka kot..

Bagi yang nak minum campur Milo @ Horlicks tu digalakan menggunakan Shaker sebab bila guna sudu nak kacau2 ESP tu jadi melekat2 & berketul2 gitu. Boleh guna apa2 botol shaker. Tapi kalau nak yang Shaklee punya pun boleh harga RM10 sebotol. Siap ada gelungan besi lagi untuk shake2. Kalau berminat bolehlah dapatkan nya sekali dari Azie ye...

Ini lah rupanya Shaker tu ye....

~Salam Sayang~

Thursday, 27 June 2013

Set Mighty 3 Gem, Jom.......Berpuasa Dengan ESP, Meal Shakes & Performance Drink



Assalamualikum wbh. Malam ni Nisfu Syaaban, Alhamdulillah sempat jugak menyudahkan bacaan yasin 3x, semoga kita semua dilimpahi rahmat & kesihatan yang baik. Esok bolehlah puasa sunat ye :-)

Malam ni nak citer pengalaman ketika berpuasa tahun lepas...
Ketika mengandungkan Qisya pada bulan puasa tahun lepas, usia kandungan dah mencecah 7 bulan memang dah berazam nak berpuasa penuh, tetapi tak dapat jugak sebab kena minum air gula untuk chek samada ada kencing manis @ darah tinggi, lagipun berat memang naik melampau2, maklumlah selera makan masa mengandung amat sukar untuk di bendung, apa lagi sume makanan dilayannn..he..he..

So tahun ni bila dah menyusukan Qisya amatlah takut kalau2 susu tak cukup bila bulan puasa nanti, tercari2 gak kalau ada produk yang boleh memaintainkan pengeluaran susu, bila tanya Kak Laila dia cadangkan boleh ambil Performance Drink & Meal shake. Azie memang dah ambil Set 3M iaitu Set Menyusu + Ostematrik & ESP (sangat berbaloi-baloi)…

Disini dengan rasa perasaan kasih-sayang yang amat mendalam, cewah.... azie amatlah mencadangkan bagi ibu2 yang menyusui anak mengambil set ini untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih cergas & semangat untuk mengepam sentiasa tinggi & tidak berbelah bagi... Sebab apa? Azie sendiri dah merasai pengalaman sebelum & sesudah mengambil set Set Mighty 3 Gem ini.... Kat opis x de lah rasa nak melepek aje...Pukul 10pagi pam susu pun masih dapat 8 oz. Mencabar tu...Gigih tau...

Jom kita tengok apa yang ada didalam set tersebut :-)




Energizing Soy Protein

Protein adalah unsur terbesar didalam tubuh kita selepas air. 25% Badan kita adalah protein. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Kadar G.I (Glycemic Index) Shaklee ESP adalah serendah 39 sahaja!  G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.  Mengekalkan pasras gula dalam darah yang rendah amat PENTING dalam proses pengurangan berat badan dan untuk penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Seperti yang kita tahu, selain membuat ibu-ibu kekal bertenaga, ESP juga adalah milk booster hebat untuk Ibu! Jadi tak perlu rungsing tentang susu lagi!

Selain ESP, Performance Drink juga disarankan untuk ibu menyusu yang ingin menjalankan ibadah puasa.

Performance Drink

Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi. Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk ibu mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu hamil & menyusukan, sekurang-kurangnya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Kenapa Performance Drink, bukan minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

 
Meal Shakes

Mengandungi protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral lain. Rasa original vanila dan berbau harum. Macan aiskrim vanila tu. Jadi, walaupun berpuasa badan tetap sihat kerana telah dibekalkan dengan nutrien yang mencukupi semasa sahuradalah lengkap untuk yang nak berpuasa, anak kecil yang susah nak makan jadi kuranglah nutriennya, sarapan atau sahur untuk anak ke sekolah, suami ke tempat kerja, isteri yg bekerja di rumah atau di luar atau orang tua yang susah nak telan pil vitamin.

Bagi ibu2 yang menyusu di luar sana jom dapatkan Set Mighty 3 Gem ini...


~Salam Sayang~

Monday, 1 April 2013

Vitamin Shaklee Untuk Kurus

Assalamualaikum wbh. Hari ni dah 1 April 2013, da 3 bulan masa berlalu kan? Pada sesiapa yang nak kuruskan badan secara sihat tu amacam? dah tercapai target ke belum? macam azie yang BF ni memang lapar sokmo,he2

Bulan mac yang lepas ramai sungguh yang bertanya mengenai vitamin Shaklee untuk kurus. ye lah sume orang nak kurus kan? Senang cari baju nak melaram, he3. jangan marah :-)

Jom azie kongsikan info2 berkenaan vitamin tersebut.


Basically utk diet.. Anda perlu

Detoks (Herblax @ Alfalfa) + Protein (Cinch Shake @ ESP) + Lecitin @ Omega





Kenapa kena detoks?
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :-) Tahukah anda? kunci asas untuk kurus adalah detox dulu ye. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

Kenapa perlu Lecitin?: 
Kerana ia berfungsi untuk memecahkan lemak2 kita. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.. Untuk yang mempunyai bajet lebih Omega juga bertindak untuk memecahkan lemak2 kita.

Kenapa protein? 
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


~Salam Sayang~

Saturday, 12 January 2013

Vitamin yang sesuai untuk masalah jeragat

Salam ceria semua... hmm.. harini cerita tentang jeragat....Apa itu jeragat? Jeragat tu kalau nak kenal..dlm ayat yg mudah.. ia bintik2 hitam yg kecik2 kat muka tu... bukan jerawat atau tahi lalat. tp tumbuh kecik2...(ala2 lebihan daging warna coklat atau hitam).. jeragat ni masalah kulit normal dikalangan wanita... Ia tak berbahaya tapi ia membuatkan wajah kelihatan kusam dan tak cantik.. bab2 tak cantik mmg pantang betul tak.. Okey.. yg anda perlu tahu adalah langkah2 pencegahan seperti, melindungi kulit dari matahari, pemakaian krim yg bersesuaian dgn kulit, pemakanan... dan lagi satu yg berkait dgn vitamin....Mcm keratan majalah dibwh.. dari sumber Rapi.. katanya pengambilan vitamin membantu kurangkan masalah jeragat.. which is true indeed.. kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E utk kekal sihat..
  • Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)
  • Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)
  • Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. kalai ada extra budget.. sila amik Collagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)
Sumber: Rapi 2012
Sekian lah cerita utk hari ini.. sebenarnya saya kongsi cerita jeragat dan kesihatan kulit sebab vitamin2 yg berkaitan dgn kulit ni memang sentiasa laris dikalangan customer2 dhiahaziq.com... .. selalu jadi repeat order... Well..tak kenal maka  tak cinta.. tak cuba maka tak tahu.. betul tak... so taknak ckp byk2... anda sendiri cuba dan nilaikannya... lalallalalal
Have a nice day to all....


~Salam Sayang~

Thursday, 15 November 2012

Kepentingan vitamin & mineral sewaktu menyusu bayi


Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang anda kunjungi biasanya akan membekalkan pelbagai vitamin yang dirumuskan khas untuk ibu hamil. Mahu atau tidak, anda perlu mengambil vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam keadaan yang memuaskan. Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih perlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukanya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu.

Walaubagaimanapun, pemakanan sihat & seimbang yang digabungkan bersama suplemen tetap perlu ada pertimbangan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh masa panjang. Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis suplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, suplemen turut penting untuk si manja.

Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda untuk terus berusaha menjaga pemakanan seharian. Setiap hari, anda perlu makan antara 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2-3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6-7 hidangan karbohidrat seperi nasi, bijirin dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal hidrat dengan meminum 8 gelas air sehari.

Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang & gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink & magnesium.

Majoriti suplemen vitamin & mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin & mineral yang terkandung di dalam jenis makanan lain.

Sekiranya anda khuatir masih kekurangan vitamin & mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin & mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat cergas & bertenaga selalu.

Di bawah ini adalah jenis suplemen yang di cadangkan untuk ibu-ibu menyusu:-


1. Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara automatik kesan baik pada baby susah nak kena kembung.

2. Vita-lea
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3. B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

4. Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

5. Ostematrik
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

 6. ESP @ Energizing Soy Protein
Vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Sila hubungi azie jika berminat..

~Salam sayang~

Monday, 29 October 2012

Tuesday, 9 October 2012

Variasi resepi lazat cara bancuh ESP Shaklee (Energizing Soy Protein)

Inilah best seller produk shaklee....ESP (Energizing Soy Protein)





ESP antara product killer Shaklee....hanya yang dah rasa kehebatannya saje faham ape yg saya bicarakan disini.... ESP??... esp atau nama penuhnya energizing soy protein.. saya taknak cerita panjang pasal ESP..entry kali ni nak share cara2 bancuh ESP...especially yang baru beli atau dah lama beli tapi dah bosan dah..asik bancuh dengan susu jerrr. Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. kerana anda boleh cuba resipi2 di bawah.. ikut tekak masing2...

  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
  • ..........ada sape2 nak tambah..silakan...
..anda bagaimana?...for me..saya sampai bile2 suka ESP dgn freshmilk (kalo rajin..blend skali dgn kismis/kurma)..kalo dak shake2 jer....
ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:

1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik



Berminat, Sila hubungi Azie di:


email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Promosi ESP, Siapa perlukan ESP, Kenapa ia HOT STUFF SHAKLEE?


Oktober 2012 dah datang. Ramai tersenyum lebar sebabnya Promo ESP bulan ni. Tak perlu banyak cakap. Jom kita tengok kenapa ESP ni HOT SELLER Shaklee. Kenapa Ramaiiiiii sangat minat?



ESP ~ Hot Stuff kerana berkhasiat & membekalkan tenaga lebih lama.


Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

Antara fungsi utamanya ia MEMBEKALKAN TENAGA berkekalan dgn protein berasaskan tumbuhan...

Apa beza makanan yg tinggi karbohidrat dan tinggi protein dlm aspek membekalkan tenaga?

Untuk makanan yang tinggi karbo (seperti gula-glucose type), ia akan terus dilepaskan dalam darah dengan cepat,shoot up then drop (kerana indeks glisemiknya tinggi,jd energy yangg dibekalkan adalah dalam tempoh singkat

TETAPI

ESP (energizing Soy protein), glucosenya dilepas ke dlm darah sedikit demi sedikit (indeks glisemik rendah).. jadi ia mengawal paras gula dan tenaga yg dibekalkan berpanjangan..

INFO TAMBAHAN:
Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

SIAPA YG PERLUKAN ESP?
Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat.

Wanita: Keanjalan kulit, juga payudara. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Jadi apa tunggu lagi, rasailah keistimewaan & perbezaannya sendiri.

Semestinya ESP adalah Hot Stuff Product! Dapatkan sekarang dari saya.




Berminat, Sila hubungi Azie di:



email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 20 July 2012

FAMILY WELLNESS SET


Program Kesejahteraan Shaklee ini memberikan nutrient yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

KEBAIKAN:
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan system imun anda
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

SUPLEMEN YANG DICADANGKAN

·         Energizing Soy Protein (ESP) – Vanilla, Vit-Lea® Iron Formula, Sustained Release Vit-C™& B-Complex


VITA-LEA®
Multivitamin yang lengkap.Sebiji Vitalea mengandungi 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita.Kekurangan zat besi (Iron) boleh menyebabkan tekanan darah rendah, insyaAllah pengambilan Vitalea membantu dalam hal ini.Jika anda mengalami tekanan darah rendah, dicadangkan mengambil 2 biji vitalea setiap hari.

SUSTAINED RELEASE VIT-C™
Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan. sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan.Ambil 2 biji sehari sehingga demam kebah.

B-COMPLEX
Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan.Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental.Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.Ianya juga mengelak kulit wajah kelihatan kusam tak bermaya.

ENERGIZING SOY PROTEIN
Protein adalah unsur terbesar didalam tubuh kita selepas air.25% Badan kita adalah protein.Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.


Sila hubungi Azie di:

email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy