Thursday, 15 November 2012

Kepentingan vitamin & mineral sewaktu menyusu bayi


Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang anda kunjungi biasanya akan membekalkan pelbagai vitamin yang dirumuskan khas untuk ibu hamil. Mahu atau tidak, anda perlu mengambil vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam keadaan yang memuaskan. Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih perlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukanya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu.

Walaubagaimanapun, pemakanan sihat & seimbang yang digabungkan bersama suplemen tetap perlu ada pertimbangan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh masa panjang. Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis suplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, suplemen turut penting untuk si manja.

Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda untuk terus berusaha menjaga pemakanan seharian. Setiap hari, anda perlu makan antara 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2-3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6-7 hidangan karbohidrat seperi nasi, bijirin dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal hidrat dengan meminum 8 gelas air sehari.

Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang & gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink & magnesium.

Majoriti suplemen vitamin & mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin & mineral yang terkandung di dalam jenis makanan lain.

Sekiranya anda khuatir masih kekurangan vitamin & mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin & mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat cergas & bertenaga selalu.

Di bawah ini adalah jenis suplemen yang di cadangkan untuk ibu-ibu menyusu:-


1. Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara automatik kesan baik pada baby susah nak kena kembung.

2. Vita-lea
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3. B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

4. Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

5. Ostematrik
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

 6. ESP @ Energizing Soy Protein
Vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Sila hubungi azie jika berminat..

~Salam sayang~

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy