“Perlu ke saya ambil supplement?”
Saya pasti ramai yang pernah terlintas soalan yang sama. Terutamanya ibu menyusu yang baru pertama kali ingin mencuba supplement. Si A kata tak payah ambil..si B pula kata kena ambil. So kita ni kena ambil supplement ke tidak?
Saya fokuskan jawapan untuk ibu menyusu yer kawan2. Sebab sekarang ni dah jadi macam satu trend ibu menyusu mesti ambil supplement. Jika ibu2 nak ambil supplement Shaklee semata-mata INGIN BANYAKKAN SUSU, nasihat saya tak perlulah ambil supplement. Sebab apa? Sebab saya bimbang ibu2 akan kecewa dengan hasilnya kerana supplement Shaklee BUKAN UBAT TAMBAH SUSU yer. Jadi walaupon ibu2 dah makan supplement Shaklee nanti , susu anda TIDAK akan bertambah secara automatik.
Ibu2 kena faham konsep asas penyusuan. Supply vs Demand. LEBIH KERAP BAYI DI SUSUKAN atau LEBIH KERAP PENGOSONGAN PAYUDARA DILAKUKAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU DAPAT DIHASILKAN. Vitamin bukanlah satu cara untuk membanyakkan susu kita. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat untuk melakukan pelbagai tugas harian.
Jadi, kalau macam tu tak perlulah saya ambil supplement?
Sejujurnya sekiranya anda sentiasa memastikan diri anda dan keluarga anda makan seperti mana yang telah disarankan dalam PIRAMID MAKANAN, jawapannya YA! ANDA TIDAK PERLUKAN APA-APA SUPPLEMENT dalam kehidupan anda.
Persoalannya bagaimana piramid makanan dalam menu harian anda? Lengkapkah? Hanya anda sahaja yang lebih arif tentang itu bukan. Sebab anda sahaja yang tahu apa yang anda makan setiap hari, berapa banyak sayur yang anda makan, berapa biji buah yang anda makan…
Ya mungkin ada yang cukup yakin menu harian mereka sangat lengkap dengan protein, vitamin2..ada sayur, buah-buahan..tapi sedarkah kita cara pengendalian dan cara memasak makanan itu sendiri boleh menyebabkan makanan yang kita masak itu hilang khasiat di dalamnya. Mungkin terlebih masak ke..dan akhirnya yang tinggal hanya serat dan sisa-sisa sahaja.
Tepuk dada tanyalah selera.
Kenapa saya memilih supplement?
Sebab saya tau corak pemakanan harian saya. Saya tau jadual makan saya. Kadang-kala saya kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan segar. Ada kalanya kami makan di luar. Saya surirumah sepenuh masa, pengedar Shaklee sepenuh masa dan tukang jahit set tilam kekabu baby juga. Semua saya perlu uruskan sendiri. Saya tiada pembantu rumah. Semua kerja rumah, mengemas membasuh, uruskan anak2 & suami, nak pos barang, nak ambil stok barang, nak menjahit. Kadang2 nak memasak pon tak sempat. Sekadar masak apa yang perlu sahaja.
Jadi saya pilih supplement untuk menampung keperluan vitamin yang tubuh badan saya perlukan, yang mana saya tidak dapat peroleh dari apa yang saya makan setiap hari. Saya perlukan vitamin untuk beri saya lebih tenaga untuk menguruskan hal-hal rumahtangga dan bisnes saya. Tambahan lagi saya juga seorang ibu menyusu. Jadi saya memilih supplement agar anak saya tetap dapat khasiat yang secukupnya meskipun corak pemakanan saya yang kucar kacir.
Corak pemakanan kita semua tidak sama. Makanan harian saya sudah tentulah tidak sama dengan anda. Jadi jika anda tanya saya samada anda perlukan supplement atau tidak, jawapannya sudah anda dalam diri anda. Cuma anda perlu bertanya pada diri sendiri sahaja.
Namun tak kurang juga ada yang bertegas mengatakan ibu menyusu tak perlukan sebarang supplement untuk berjaya dalam penyusuan. Kalau atas alasan semata-mata nak banyakkan susu,Ya! Itu saya tidak nafikan. Namun kita sering terdengar keluh kesah ibu menyusu…
Antara keluhan2 yang sering saya dengar :
“Ish semenjak menyusu ni letihlah, nak bersama pun tak larat.”
“Gigi saya ngilunya bila anak menyusu.”
“Pinggang, badan, sendi2 semua sakit.”
“Badan saya letih betul, makan tak menentu..kerja di office bnyk. Balik nak pam susu lagi.
“Muka tak bermaya langsung, nampak macam org tua lah.”
“Payudara saya lembik dan kendurlah.”
Haa…ni baru sikit je. Jadi bila ibu menyusu menghadapi masalah seperti di atas tu, adakah mereka perlu redha saja tanpa perlu berbuat sesuatu…atau ibu2 perlu bijak bertindak dengan mengambil supplement untuk membantu memperbaiki taraf kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik. Kata nak jadi SUPERMAK & SUPERWIFE kan??
Bila badan dah bertenaga, ceria, dah tak letih, tak stress, takde sakit2 gigi, sakit pinggang dah hilang, plus muka makin cantik berseri, suami makin sayang…Tak seronok ke camtu? Kan seronok…kita sihat gembira, tak stress..secara tak langsung dapat melancarkan penghasilan susu dalam badan. Anda mahu pilih yang mana?
Kesimpulannya…saya ambil supplement BUKANLAH semata-mata untuk tujuan penyusuan…sebaliknya supplement adalah keperluan saya untuk sentiasa sihat, cantik dan bertenaga.
Ibu cantik, sihat, bertenaga, anak gembira..suami semakin sayang!!!
Anda bagaimana??
Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor ini. Demand tinggi di kalangan ibu menyusu..well..anda nilaikan sendiri…
Vita-Lea ~ lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.
B-Complex ~ menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan dengan berkesan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
Vitamin C ~ Vitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C
ESP (Energizing soy protein) ~ Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan tubuh. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Tahukah anda, pencemaran dan proses memasak yang melibatkan suhu tinggi, serta penggunaan racun perosak dan antibiotik dalam pertanian, telah merosakkan banyak rantai asid amino yg kita perolehi dari ayam,daging, ikan. ESP diperbuat dari kacang soya yang tidak di modifikasi secara genetik, bermakna baka genetik asli kacang soya. Dan ia memenuhi semua keperluan asid amino manusia.
OsteMatrix (Calcium Magnesium) ~ diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga untuk aktiviti otot yang normal dan juga mengurangkan risiko osteoporosis.
Alfalfa ~ adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural jika ibu mengamalkan penyusuan secara kerap dan betul. Dan alfalfa juga berfungsi mengatasi masalah keputihan dan utk kesihatan intimasi wanita.
~Salam Sayang~
0 comments:
Post a Comment