Alangkah
bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang
dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu
ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang
seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar
dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh
bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa
dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh
menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.
Selain bayi, ibu juga mendapat manafaat kesihatan daripada penyususan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan si ibu.
Selain bayi, ibu juga mendapat manafaat kesihatan daripada penyususan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan si ibu.
Senarai dibawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.
Multivitamin
Multivitamin
menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak
boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu
penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan
ibu dan bayi secara menyeluruh.
Protein
Bayi
memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.
Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat
penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan
sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk
mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
Vitamin C
Dalam
satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C
menunjukan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui
bayi secara eksklusir dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C.
Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi
yang sihat.
Vitamin B Complex
Vitamin
B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda & bayi anda setiap
hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B
mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel
darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit
yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Complex untuk
memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
Kalsium
40
peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang
yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan
mengambil sebanyak 1300 mg kalsium setiap hari.
Asid Lemak Omega
3
Pengambilan
dan tambahan Asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan ibu dapat menggalakan
perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa
neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam
otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai
masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau
autisme.
Alfalfa
Alfalfa
mengandungi banyak nutrient penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A,
B1, B6, C, E, kalsium, zink & zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting
untuk pertumbuhan dan perkembangan sihat. Alfalfa juga digunakn secara
tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Oleh
itu Shaklee menawarkan satu rangkaian suplemen berkhasiat untuk memenuhi
keperluan nutrien untuk penyusuan ibu iaitu :
- Vita-Lea
- ESP (Energing Soy Protein)
- Vita-C
- B-Complex
- Ostematrik
- Omega Guard
- Alfalfa
~Salam Sayang~
0 comments:
Post a Comment