Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang
anda kunjungi biasanya akan membekalkan pelbagai vitamin yang dirumuskan khas
untuk ibu hamil. Mahu atau tidak, anda perlu mengambil vitamin ini
setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam keadaan yang
memuaskan. Ketahuilah, perkara yang sama patut
anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih
perlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan
eksklusif. Faktanya bayi tetap akan mendapat
apa yang diperlukanya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin
atau mineral tertentu.
Walaubagaimanapun, pemakanan sihat &
seimbang yang digabungkan bersama suplemen tetap perlu ada pertimbangan demi
menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh masa panjang. Ramai yang
menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk
memperbanyakan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu
yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh
diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda
makan pelbagai jenis suplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila
berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan ini diabaikan. Sama seperti
ketika hamil, suplemen turut penting untuk si manja.
Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik
selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda
untuk terus berusaha menjaga pemakanan seharian. Setiap hari, anda perlu makan
antara 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2-3 hidangan protein
seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6-7 hidangan
karbohidrat seperi nasi, bijirin dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal
hidrat dengan meminum 8 gelas air sehari.
Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut
keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil suplemen
tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah
omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga
halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang & gigi yang kuat.
Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink &
magnesium.
Majoriti suplemen vitamin & mineral tambahan
tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu
yang menyusukan bayinya. Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh
penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan
sayur-sayuran segar di samping pelbagai
vitamin & mineral yang terkandung di dalam jenis makanan lain.
Sekiranya anda khuatir masih kekurangan vitamin
& mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin & mineral juga penting bukan sekadar atas sebab
nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa
dalam keadaan mood yang baik, sihat cergas & bertenaga selalu.
Di
bawah ini adalah jenis suplemen yang di cadangkan untuk ibu-ibu menyusu:-
1. Alfalfa
Merupakan raja
segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi
ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan
supplement penting utk boost
penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut
membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.
Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang
hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu
sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau
6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan
lebih cepat.Turut membantu
perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara
automatik kesan baik pada baby susah nak kena kembung.
2. Vita-lea
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan
makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan
kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi
iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
3. B-Complex
Lengkap
dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi
membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat
penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti
stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 sentiasa
berfikiran positif. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik
berseri dan tidak kusam.
4. Vitamin C
Membantu
meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron
Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
5. Ostematrik
Kalsium
penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi
ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu
yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka
kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh
ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium
ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah
letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu
pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika
perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan
merundum…ini disebabkan kekurangan
kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah
kotor yang perlu disingkirkan.
6. ESP @
Energizing Soy Protein
Vitamin utama dalam susu ibu
ialah protein.
Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe
tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil.
Protein berfungsi mengekalkan
pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur
keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan
hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu
protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut
nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan
kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber
protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah
musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Sila hubungi azie jika berminat..
~Salam sayang~