Thursday, 15 November 2012

Kepentingan vitamin & mineral sewaktu menyusu bayi


Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang anda kunjungi biasanya akan membekalkan pelbagai vitamin yang dirumuskan khas untuk ibu hamil. Mahu atau tidak, anda perlu mengambil vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam keadaan yang memuaskan. Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih perlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukanya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu.

Walaubagaimanapun, pemakanan sihat & seimbang yang digabungkan bersama suplemen tetap perlu ada pertimbangan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh masa panjang. Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis suplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, suplemen turut penting untuk si manja.

Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda untuk terus berusaha menjaga pemakanan seharian. Setiap hari, anda perlu makan antara 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2-3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6-7 hidangan karbohidrat seperi nasi, bijirin dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal hidrat dengan meminum 8 gelas air sehari.

Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang & gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink & magnesium.

Majoriti suplemen vitamin & mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin & mineral yang terkandung di dalam jenis makanan lain.

Sekiranya anda khuatir masih kekurangan vitamin & mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin & mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat cergas & bertenaga selalu.

Di bawah ini adalah jenis suplemen yang di cadangkan untuk ibu-ibu menyusu:-


1. Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara automatik kesan baik pada baby susah nak kena kembung.

2. Vita-lea
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3. B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

4. Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

5. Ostematrik
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

 6. ESP @ Energizing Soy Protein
Vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Sila hubungi azie jika berminat..

~Salam sayang~

Alfalfa - Sangat popular dikalangan ibu-ibu menyusu & merupakan teman baik untuk kaum wanita


Shaklee Corner November :  ALFALFA COMPLEX – A Shaklee Signature Formula

Sangat popular dikalangan ibu-ibu menyusu & merupakan teman baik untuk kaum wanita.



Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan, pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter kebawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi, mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawal atur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Mari kita baca apa kepentingan Alfalfa untuk yang bergelar ibu menyusu, isteri & wanita..

Untuk ibu menyusu alfalfa membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara automatik kesan baik pada baby susah nak kena kembung perut.

Untuk kaum wanita pula ia sangat baik untuk kesihatan dalaman, merawat masalah keputihan, melancarkan kitaran haid, memulihkan urat selepas bersalin. Alfalfa ini mengandungi phytoestrogens yang juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka membantu dalam “hubungan intim” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Menarik bukan? Saya sudah mencubanya & sangat berbaloi2, anda bila lagi? berminat? Boleh hubungi saya untuk mendapatkannya....

~Salam sayang~

Tuesday, 13 November 2012

Joint Health Tablet


Selamat pagi semua... pagi ni saya nak share testimoni new product Shaklee.. Advance Joint Health Tablet...Ia dipasarkan pada Jun 2012.. tapi sekarang dah jadi antara suplemen yg tinggi demand di kalangan customer2 saya....especially mereka2 yg selalu mengadu sakit2 sendi..

_________________________________________________________
Inilah dia produk terbaru Shaklee.. Joint Tablet.. dengan mengunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral ,formula sayur-sayuran 100 %
_____________________________________________________________

Jemput baca testimoni pengalaman Pn Alin...(sumber: from her blog)....
"...Saya sering sakit bahu belikat apabila duduk lelama mengadap PC, pasti terasa bahu belikat tegang dan tak selesa. Selain itu, sejak extend breastfeeding Dzakirah, kaki sering didatangi en. biawak a.k.a simpul biawak... hehe its happen bila guna kasut yg tak berapa nak tinggi pun... Bunyi keriok-keriok sering juga berkumandang tatkala bila nak duduk antara 2 sujud... Normally ni semua anggapan pengambilan kalsium yang tak cukup...Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium... itu tandanya anda mengalami sakit sendi yg "mild"... puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti sepert
i kedudukan poster yg tak betul yg terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara longterm... maka terjadi ler sakit sendi lutut,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki,sakit sendi bahu,sakit sendi siku..Alhamdulillah selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + osteomatrix (4 biji) sebelum tidur... dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lelama depan PC. Kalau tak, memang terasa.Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Saya suka !! kini saya hadiahkan juga kepada mak & ayah saya, nenek-nenek saya........




~Salam sayang~

Collagen Powder Shaklee - Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan


Kolagen?..Yes.. Shaklee pun dah ada kolagen okay.. tapi Shaklee keluarkan produk kolagen bukan semata2 untuk meniru.. bukan kata semua ada kolagen, so shaklee pun keluarkan kolagen.. but it comes with research, clinical test..tu yang membezakannya dengan yg lain...Jadi walaupun produk kolagen lain dah melambak di pasaran, dan shaklee baru nak ada. its okay..biar lambat asal selamat... sebab hasilnya memang best.. saya dah makan dlm lebih kurang 3minggu, terasa beza pada tekstur kulit... memang berbaloi dgn harga yg diinvest.. kita baca sedikit fakta tentang kelebihan kolagen powder Shaklee berbanding dgn kolagen lain, sumber:website Shaklee :
  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen,kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]
Dan ini yg saya baca dari pamplet Shaklee tentang kolagen powder ni.
>>>Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu*
♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan


Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

Amacam.. best tak.. teruja takk.. Jadi siapa2 yg mmg sukakan kolagen dan nak cantik marilah cuba.. berbaloi..Okeyla.. kena stop disini.. kita sambung di entry lain ya..


~Salam sayang~

Panduan memilih collagen yang baik


Selamat pagi semua.... pagi ni baru dapat rest..semalam takde mood nak update blog.. Pagi ni cerita tentang kolagen lagi... lagi2 kolagen. lagi2 kolagen.. takde cerita lain?.. takde... hahah.. habis tu sebab yg ni tengah glamor sekarang...sebelum tu iklan skit...Collagen Powder - produk terbaru shaklee..terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah selepas menggunakan selama 8 minggu (proven with clinical studies)..



Okey...tapi harini saya nak kongsi 8 panduan memilih kolagen yg baik... (lepas ni bolehla tgk kolagen pilihan anda memenuhi panduan ini atau tak [sumber: Aula]
  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin

~Salam sayang~

Vita-Lea - Killer produk yang diminati ramai.

Mari kita membaca cerita panjang lebar mengenai multivitamin hebat ini.


Apa yang hebat sangat dgn killer product ini?

Multivitamin & Multimineral Multi yang Hebat 
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
Perbezaan Shaklee
Kemajuan Saintifik
Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem penyerapan Bioaktif
Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 

Kualiti yang luar biasa
Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

credit

~Salam sayang~

Saturday, 10 November 2012

7 sebab mengapa anda harus mengambil suplemen

Saya tertarik dgn artikel yang ditulis Iffa mengenai kepentingan supplemen. Jom baca 7 sebab ni..:dipetik dan diolah dari entri di link sayamahusihat.com 


1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar 
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah. 


 2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien 
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat  penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan. 


 3 - Buah-buahan dan sayur-ayuran mungkin terjejas atau tercemar 
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK. 


 4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat 
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!! 

Bersesak dalam LRT = STRESS 
Jalan Jammed = STRESS 
Kerja Banyak = STRESS 

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown. 

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI 

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda. 


 5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa 
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT! Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan. 


 6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan 
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.


 7 - Kehilangan nutrien dalam makanan 
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya? 

Itu dia 7 sebab yang perlu anda renung2kan Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana? "Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website


~Salam sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy