Monday, 20 January 2014

Vitamin C Chewable, Mealshake & Omega Untuk Qisya

Selamat Pagi.....Macam biasa bila jari ni dah mengupdate blog pepagi maksudnya kakak Qisya masih lena diulit mimpi lagi.. Arini genap Qisya berumur 2 tahun 3 bulan, ada masa 3 bulan lagi untuk bergomol2 manja2 dengan ibu, nanti adik dah lahir kita share2 ye....hihihi sayang kakak Qisya..

Ni azie nak citer untuk Qisya juga tak lupa Azie berikan Vitamin Untuk Kanak-Kanak iaitu :

1. Vit C Chewable

2. Mealshake

3. Omega

Apa yang Azie perasan , bila Qisya secara konsisten diberi vitamin ini, Qisya sudah kurang mengalami demam, selsema dan batuk. Selera makan pun semakin bertambah. Walaupun Qisya agak 'slim' like model tapi Azie bersyukur sebab yang penting Qisya sihat walafiat & tak susah nak jaga cuma manja aje lebih sekarang, mungkin dah tau tak lama lagi nak dapat adik tu..



Sebenarnya terpulang lah kepada ibu bapa tersebut kan... Azie rasa ini pelaburan masa panjang untuk anak-anak. Kalau kita boleh beli makanan segera seperti pizza hut, McD & KFC untuk anak2 yang kita makan sekali hadap sahaja dengan harga yang agak mahal. Apa salahnya kita beli vitamin yang sebotol boleh tahan sehingga 3 bulan. Agar anak kita dapat membesar dengan sihat dan cerdas/pintar... Lagipun Shaklee yang diperbuat dari sumber semulajadi, tiada perisa/pewarna tiruan, dan sangat2 selamat diambil dalam jangkamasa panjang. Bila Qisya dah bercerai susu badan ni, memang 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya..


Jom dapatkan Set Shaklee Untuk Anak Sihat & Pintar

Meal Shakes
-Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
-Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
-Rendak lemak dan rendah glisemik
-Sumber protein dan kalsium
-Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

Omega Guard
-Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
-Meningkatkan sistem imunisasi
-Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
-Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Chewable Vita-C @ 100mg
-Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


~Salam Sayang~

Friday, 17 January 2014

Sihat Bersama Set Berpantang Shaklee

Selamat pagi semua, arini 16hb January 2014, public holiday... Cuti2 ni dapatlah mengupdate blog untuk kali yang kedua setelah 2 minggu berlalu kan... Macam bz bebenor mak jemah kali ni.. hihihhi... Dah bekpes bubur nasi..dah minum air...dah makan vitamin... marilah kita mulakan ye...  Nanti kang Nur Qisya Dhia Haziqa tu bangun tidur punah semua harapan..


Ila dan baby Shaklee nya....
Kali ni nak citer kawan yang dah makan set kesuburan & berjaya hamil & sekarang dah pun selamat melahirkan baby yang ke2, baby shaklee katanya. Kalau terlupa citernya, cuba baca kat sini. Azie puji sikap Ila ni, bersungguh2, rajin bertanya & kuat semangat. Alhamdulillah nampak keberkesananya. Beberapa bulan makan set Kesuburan dengan usaha & doa sendiri, semuanya dipermudahkan oleh Nya.




Bila dah di sahkan hamil, dengan gembira Ila cal lagi minta pandangan set apa yang sesuai untuknya.  Beberapa tahun sebelum makan Shaklee ini Ila pernah keguguran. So Azie terus cadangkan Set Kehamilan yang paling lengkap.




Setiap vitamin yang dicadangkan mengandungi fungsi2 yang tersendiri. Secara ringkasnya :

1. Vita-Lea
Membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. Diformulakan dengan zat besi

2. B-Complex
Sangat penting untuk pembinaan tulang bayi & bagi mengelakan kecacatan pada janin.

3. Vit-C
Membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan & juga sangat penting untuk tulang & gigi yang sihat.
4. Omega Guard
DHA & EPA dari Omega Guard ini sangat penting untuk pembentukan otak & mata bayi.
5. Ostematrik
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi & pembentukan tulang bayi.
6. ESP (Energing Soy Protein)
Penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon & enzim dalam tubuh.

Kenapa nutrisi ini penting ?
**Untuk kesihatan ibu, supaya ibu berupaya mengandung sehingga melahirkan bayi.
**Untuk perkembangan bayi yang sihat
**Untuk kelahiran tanpa komplikasi
**Untuk proses pemulihan yang cepat semasa berpantang

Setelah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4.08 kg dengan jayanya (Kira berjayalah kan...) Ila mengambil pula vitamin untuk berpantang iaitu :

  
Setiap vitamin yang dicadangkan mengandungi fungsi2 yang tersendiri untuk IBU YANG BERPANTANG. Secara ringkasnya :
1. Vita-Lea
Memulihkan tenaga & pembentukan darah merah

2. B-Complex
Membantu menstabilkan hormon & mengurangkan tekanan ibu selepas bersalin

3. Vit-C
Membantu proses pemulihan luka semasa bersalin & mengurangkan keguguran rambut

4. Zinc Complex
DHA & EPA dari Omega Guard ini sangat penting untuk pembentukan otak & mata bayi.
5. Ostematrik
Membekalkan kalsium yang cukup kepada ibu terutama yang menyusu bayi

6. ESP (Energing Soy Protein)
Membekalkan tenaga kepada ibu & memperbanyakan susu badan.

Untuk Set Penyusuan yang Ila ambil, Ila cuma menambah sebotol alfalfa sahaja. Ini kerana apa yang ada di dalam Set Menyusu ada di dalam Set Kehamilan & Set Berpantang.

Sangat menjimatkan bukan? Ini kerana sebotol B-Complex & vita-lea boleh bertahan sehingga 4 bulan, manakala VitC pula sehingga 6 bulan, so tak payahlah tetiap bulan nak beli vitamin kan...  

Sudah panjang lebar rasanya penerangan azie untuk kali ini. Berjumpa lagi minggu depan ye:-)

~Salam Sayang~

Friday, 10 January 2014

Khasiat Alfalfa Complex Shaklee

Assalamualaikum semua & selamat menyambut tahun baru 2014 ye...

Rasanya dah tercapai ke belum azam tahun lepas eh... If belum terpaksa le carry foward ke tahun ini, ye x? Hihihi...azie ler tu orangnya... Sempena tahun baru & bulan baru ni jom semua azie share tentang kebaikan Alfalfa Complex bersempena dengan promo untuk bulan Januari di tahun 2014 ini.

Azie jatuh cinta dengan alfalfa sudah tentulah sebab azie menyusukan baby time tu. Ingat lagi pada tahun 2011 selepas melahirkan Qisya, menangis2 sebab susu x de, tergerak hati nak tanya cousin berkenaan dengan Shaklee sebab dia pernah citer2 jugak tapi biasalah time tu masuk telinga kiri & keluar telinga kanan, dengar sebab amik ati, jangan marah ye cousinku arbee yang comel :-)

Masa tu amik yang paling basic aje iaitu vita-lea, vitC, bcomplex & alfalfa. Dah ada budget tambah ESP & ostematrik pula... Memula makan da terasa... aah lah memang membantu, susu bertambah pekat, badan tak penat, rasa bertenaga & lagi satu bila ehem2 pun terasa lain macam... Betullah orang kata alfalfa ni bertindak seperti kacip fatimah, hihihi... 

Lagi satu kan nak citer yang azie ni agak allergic jugak lah dengan seafood. Memula macam x perasan tau.. Memang dah lali & tau sendiri if makan seafood akan terimalah kesan nya iaitu akan tumbuh ruam yang gatal2 kat kaki. Memang akan tergaru2 ler, tp dlm seminggu pastu baiklah bila da makan pil gatal2 yang amik kat clinic panel tu.. Bila dah jadi ibu menyusu ni agak takut nak amik apa2 antibiotik, so redha jek lah.. Kata orang nak sangat makan, rasalah akibatnya huhuhu.. Tapi bila da makan alfalfa macam ok aje makan seafood.. x de pun tumbuh gatal2, teragak ler untuk google tentang kebaikan alfalfa... Betulah memang boleh menghilangkan alahan tu... suka sangat, sangat2... Ikhlas dari hati ni... Antara info lain tentang alfalfa ialah :



Khasiat lain alfalfa juga dapat membantu masalah seperti :
·         Arthritis
·         Asthma
·         Allergy
·         Penyakit Usus (Colon disorder)
·         Buah pinggang
·         Kencing manis
·         Melawaskan usus
·         Ulcer
·         Fluid retention
·         Kurang selera
·         Penghadaman
·         Pencernaan
·         Gastrik
·         Penyakit kulit (Eczema)
·         Kurang darah (Anemia)
·         Sembelit
·         Badan, nafas dan kaki berbau
·         Promotes pituitary gland function, Gout
·       Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)
· Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
·         As Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu,- Milk Booster.

~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy