Haaa.....Shaklee telah pun melancarkan produk terbaru di Malaysia iaitu CoQ Health pada 8 Jun 2013
Apa pulak CoQ Health ni ye?
Jom kita berkenalan dengan produk hebat ini.
CoQHealth Plus ini ialah
supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau.
Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.
Bahan utama dalam supplemen
ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim
Q10 adalah
nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya
paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati,
buah pinggang dan pankreas.
Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?
Di antara fungsi Co Enzim Q10 :
- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung
Co Enzim
Q10 boleh didapati melalui makanan
kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis,
kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari
semakin tua, pengambilan supplemen Co
Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan
kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin
merosot.
Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini
adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia.
Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang
membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat
mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar
tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah
penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga
meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh
badan.
Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian
Shaklee's Difference ??
Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
>> mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.
credit
~Salam Sayang~
0 comments:
Post a Comment