Sunday, 10 March 2013

Ostematrix Shaklee untuk tangan yang selalu terasa kebas


Hari ni jom kita baca kisah dari blog mychibibox.com berkenaan Vitamin Untuk Tangan Kebas2 ni...

2 hari lepas saya berpeluang untuk berbual dengan Pn Lia yang saya kenali ketika beliau mengalami masalah puting melecet ketika berpantang November 2011. Alhamdulillah dengan pengambilan Vitamin E dan Zinc yang konsisten, proses baikpulihnya lebih cepat. Oppsss..Saya sebenarnya mahu bercerita pengalaman Pn Lia dengan Shaklee OsteMatrix.

Pn Lia mengalami kebas tangan selepas bersalin. Menurutnya, ibunya juga mengalami keadaan yang sama. Ditambah dengan waktu bekerja di sebelah petang sebagai guru, beliau sentiasa kepenatan. Pn Lia mula mengambil OsteMatrix seminggu yang lepas dan beliau sangat menyukainya kerana rasa kebas di tangan semakin berkurang. Rasa penat juga sudah tidak seteruk sebelum mengambil OsteMatrix.

Beliau bercerita yang ibunya juga mengambil Shaklee satu masa dahulu. untuk masalah tangan kebas Namun disebabkan pengedar berhampiran rumah mereka telah berpindah, maka mereka tidak tahu untuk mencari di mana. Ketika itu Shaklee OsteMatrix masih dikenali dengan nama Calcium Magnesium. Satu perkara yang menarik tentang pil kalsium Shaklee adalah ianya cepat larut di dalam mulut jika anda lambat menelannya.

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kebas tangan ( numbness)

(1) Antara punca utama adalah kerana kekurangan nutrisi. Apabila badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan sistem sarag seterusnya kita akan mula berasa kebas tangan serta sesemut.

(2) KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12. Paras mineral seperti KALSIUM, POTASSIUM dan POTASSIUM yang rendah juga menyebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.

(3) Gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome juga menjadi punca kehilangan deria rasa pada tangan dan jari. Aktiviti yang berulang-ulang seperti menaip menjadi punca tangan kebas dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat dengan segera.

(4) Jika anda mengalami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. Ini mungkin berpunca daripada pengumpulan plak yang bermula daripada masalah atherosclerosis dalam tangan.

Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut
Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka panjang atau sebentar sahaja. Walauapa pun, anda dinasihati untuk mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.

(1) Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.

(2) Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana kesannya sangat hebat.

(3) Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau anti-inflammatory drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu.

(4) Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.

Cadangan Supplement untuk masalah kebas tangan



~Salam Sayang~

Saturday, 2 March 2013

Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda…sila baca!)

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.
Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok? Vitamin C

Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok? Vitamin E

Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok? Vitamin D (Ostematrix-Kalsium,Vitamin D & Magnesium)

Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok? Vitamin B
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.

Source: http://www.livestrong.com/article/138910-vitamins-smokers/

Suami anda merokok? Bertindak sekarang! Alhamdulillah suami saya bukan perokok. Tapi kalau suami saya perokok, pasti saya sangat2 bimbang. Nak mintak suami berhenti ‘susah’. Jadi kita kena bantu suami kita..dgn cara mendapatkan balik nutrisi-nutrisi yg telah hilang kesan dari merokok. In shaa Allah 
So sebagai isteri yang asyik consume supplement itu ini ni, kena lah jaga kesihatan suami juga kan? Jangan asyik nak menyusukan anak, slim, cantik, kesihatan suami kita tak jaga. Almaklumlah, suami-suami ni part macam ni dorang malas sikit. So saya akan hidangkan supplement-supplement yang en suami perlu makan kat piring. Siap air lagi. Siap hidang lagi “makan vitamin ye ayah” :p Buat muka manja-manja sikit confirm dorang nak makan vitamin-vitamin ni 
~Salam Sayang~

Pantang Larang & Tips Pengambilan Supplement


Protein seperti ESP (Energing Soy Protein)
  • Sebaiknya diambil pada waktu pagi / semasa perut kosong kerana kadar metabolism yang tinggi pada waktu tersebut.
Vita-Lea
  • Sebaiknya diambil dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk mudah diserap.
  • Jangan diambil bersama sumber kalsium seperti minuman bersusu atau ostematrik kerana ia boleh menganggu penyerapan zat besi (iron).
Vitamin C
  • Sebaiknya dipatah dua jika demam, batuk atau selsema untuk penyerapan yang lebih optimum. Juga boleh dijadikan masker muka.
Ostematrik
  • Sebaiknya diambil pada waktu malam iaitu sebelum tidur
Alfalfa
  • Tidak boleh diambil bersama vit E atau GLA.. vit E akan menghalang penyerapan alfalfa
Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) -
  • Sebaiknya diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Jika ingin minum berkafein juga sila ambil 1/2 jam sebelum atau selepas makan suplemen.

GLA Complex Shaklee memperbetulkan period yang tidak teratur


Assalamualaikum semua...

Lama x update blog ni rasanya, tetiba terima panggilan dari rakan seopis pagi tadi, so dengan hati yang berbunga2 cinta ni nak share lah jugak dengan pembaca2 yang comey semua jeng3..

Akak Cyg : hello azie, akak ni... akak nk bagitau yang period akak ni dah ok lah, padahal baru jek makan GLA ni tak sampai sebulan, tak sangka pulak cepat sangat kesannya, so tak payahlah akak nak g scan kak poliklinik Ros tu..

Azie : Alhamdulillah akak, kan saya dah kata memang GLA ni bagus & (..blm abes cakap)

Akak Cyg : Aah lah , akak rasa kulit akak pun dah semakin kurang sikit jeragatnya, nampak pudar.. Azie, lepas ni akak nak try set untuk kecantikan kulit pulak lah, azie jangan bimbang pasni akak akan terus jadi customer tetap azie... lagi satukan Ostematrik tu pun bagus, akak bangun pagi segar jek, lawas pun lawas..

Azie :...(alamak, tak terkata...). Ok, akak pasni nti mesti kulit akak cantik berseri2, tu baru makan GLA jek blm Set kecantikan kan?. yang penting akak kena konsisten dengan setiap supplemen yang akak amik ye.. Minum air 3 L sehari, badan pun sihat kan...

Ha... itulah serba sedikit sedutan perbualan antara azie dan akak Cyg tu. If nak tau akak ni periodnya da lama x teratur, kadang datang, kadang tak, kadang banyak, kadang sikit 2 hari jek..So susahlah nk bajet,he3. Jom kita baca serba sedikit mengenai GLA yang dimaksudkan itu..

GLA stands for Gamma Linolenic Acid – sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – hormon yang membantu mengatur proses badan yang normal. Kebanyakan GLA di pasaran dihasilkan daripada EPO (evening primrose oil). Keistimewaan GLA keluaran Shaklee, ia diekstrak dari borage yang mana kandungan GLA-nya adalah 2 kaliganda lebih pekat dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskatchewan. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana  adalah sumber terbaik Omega-6. Ia turut digabungkan dengan minyak sunflower dan vitami E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard – antioksidan alami yang dipatenkan. Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu. Manfaat utama GLA Complex keluaran Shaklee:
 
 
  • Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal estrogen dan testosteron – GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Menambah kesuburan wanita – Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup hingga 5 hari. GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.
  • Melambatkan menopause – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Mencantikkan kulit – memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
  • Mencantikkan rambut – memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
  • Pelangsingan – merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc.
  • Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
  • Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) – terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

~Salam Sayang~

Friday, 1 March 2013

Tekanan darah rendah


Kalau kita mudah pening, sering pitam dan berdebar-debar. itu tanda-tanda kurang zat besi. Tambah pula, kalau memang tekanan darah rendah, gejala-gelaja ini sering berlaku. Cuba amalkan 2 biji Vitalea kerana ramai yang mendapat kesan positif selepas mengamalkannya. Kalau sebelum ini anda dah ambil 1 biji Vitalea, mungkin ia tidak memadai. 2 biji vitalea adalah yang direkomen di label Shaklee untuk dos harian, jadi jangan risau terlebih dos pula.

Jom baca sharing dari 
Dilla tentang pengalamannya.Saya mc sampai 2 hari...dua-dua hari berlaku kejadian yang sama..Waktu pagi, memang tak larat untuk bangun..apatah lagi nak pergi ke tempat kerja...kepala pening sangat.. 
Bila pergi klinik, tekanan darah saya agak rendah, 90/60..bila tengok tapak tangan pun pucat lesi sangat. Doktor kata tekanan darah rendah dan mungkin anemia sebab pucat sangat..Doktor minta saya makan makanan laut yang boleh tambah darah macam kerang, hati dan organ dalaman lain. 

Saya termenung sekejap.Saya memang sudah lama melatih diri untuk elakkan memakan organ dalaman seperti yang diajar Rasulullah SAW. 

Jadi penyelesaiannya, beliau telah mengambil 2 biji Vitalea berbanding 1 biji Vitalea yang sering beliau skip juga sebelum ni.

Sejak dari hari tu, saya mengamalkan pengambilan Vitalea 2 biji sehari pada setiap pagi dan pada sebelah malamnya, saya akan mengambil 4 biji Ostematrix sebelum tido sebab kalsium ni juga penting untuk membantu pembentukan sel darah merah =).


Allhamdulillah, sekarang dah hampir tiada langsung pening-pening...hehe..

Apa itu Vitalea Shaklee?

Apa itu Shaklee Vitalea Iron Formula? Merupakan produk pertama daripada Dr.Forest C Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Merupakan "killer product" of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. 

Info berkenaan zat besi:
Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan. 

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin. 

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
  • Keletihan, lemah badan.
  • Berdebar, sakit dada.
  • Kesukaran bernafas.
  • Anemia.
Selain itu, kelebihan Vitalea lagi adalah:
Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang. 

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah. B-Compleks mempunyai pelbagai vitamin B yang LENGKAP  terdiri daripada lapan (8) vitamin B.iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.


credit

~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy