Friday, 20 February 2015

Ostematrik Shaklee yang awesome

Sempena promo Ostematrik bulan ni, azie pun nak citerlah apa yang best sangat Ostematrik ni pada azie.. Entry sebelum2 ni, rasanya macam azie dah citer yang azie ada sembelit yang agak le kritikal sampai berdarah2 gitu. Orang buang air sehari 2 kali tapi azie seminggu sekali, cer bayang kan betapa x sihatnya azie ni... Tapi bila Master Laila kenalkan ostematrik (azie ingat lagi masa tu bulan puasa, azie memang dah amik set menyusu tapi tak ambil ostematrik pun sebab bajet tulang kuat sangat huhu...). 

Biasa lah dolu2 kan tak tau macamana penting nya kalsium pada kita ibu2 yang menyusu ni, baru lah tau rupanya anak2 akan mengambil kalsium daripada susu ibu, sedangkan ibu sendiri perlukan kalsium untuk hidup sihat, hmmmm...dah lah kalsium sikit di ambil pulak oleh anak, mana tak cukup, ditambah dengan sembelit nya... Azie amik kalsium tu sebab susu kurang & letih masa bulan puasa...tapi yang pelik & ajaibnya sebab sembelit azie yang dah dekat 30 tahun tu dah pulih, suka...suka..suka...sangat..

Bayangkan masa bersalin anak yang pertama & kedua betapa siksanya nak ke toilet, nak makan banyak pun takut, sampai g tiolet bila meneran tu sampai nampak bintang2...Ingatkan kat dalam kartun aje ada bintang2.. Rupa2 nya bila kita meneran terlalu kuat tapi tak keluar jugak bintang2 yang keluar, berpinor mataku...

Hmmmm tapi tu semua tinggal kenangan yang mengerikan, sekarang Alhamdulillah, dah tak ada lagi semua tu, hidup kembali normal, tak terkata nak ucapkan terima kasih ya Allah sebab menemukan azie dengan ostematrik Shaklee ni (dengan bantuan Master Laila). Bukan azie tak cuba dengan makan pisang, makan betik, makan sayur daun2 banyak, minum air banyak, tapi tu semua tak menjadi, mungkin tak serasi dengan diri azie, jika orang lain buat semua serasi sangat bertuahnya mereka itu..Bukan juga azie tak cuba pergi klinik amik ubat, tapi bila makan ubat spital mula lah perut bergoncang2 rasanya, memulas2nya bikin rasa mau tidur dalam bilik air saje...

Tapi bila anak dah masuk tiga ni, hidup agak kurang 24 jam sehari rasanya memang tak cukup & tak menang tangan, sambil menyusukan baby Danish sambil2 tu lah jugak ibu tertidur, bukan sekali dua malah dah berkali2. Nasib baiklah kakak Qisya yang 3 tahun tu boleh aje nak apa2 dengan ayah, kalau ibu jugak, mau menangis ibu waaa...waaa.... 

Ok sambung, bila dah tertidur tu maknanya tak makan lah OSTEMATRIK 4 BIJI SEBELUM TIDUR, sebab azie dah tertidur krohhh krohhh huhu. Bila sehari tak makan ostematrik ok lagi, bila dah masuk 2 @ 3 hari tau tak apa yang terjadi???. 

1. Bangun pagi rasa letih sangat
2. Solat subuh pun tulang bunyi kriuk...kriuk..
3. Sembelit kembali datang menyerang walau sehari
4. Tulang belakang sakit sangat (sebab menyusukan Danish biasanya mengiring)
5. Yang paling tak boleh terima ialah bila berjalan pakai high heal (kan macam terhentak2 yg mild gitu) gigi terus jadi ngilu & rasa nak tercabut gitu, rasa nak gugur ke bawah giginya... Faham tak apa yang azie cakap ni, nampak macam kelakar kan bila rasa gigi nak tercabut....

Tapi itu lah hakikat nya...Tapi bila teringatkan yang bila kita kurang makan kalsium
1. Sembelit
2. Gigi & tulang jadi rapuh 
3. Badan boleh jadi pendek bila dapat sakit Osteoporosis

Terus berikrar dengan diri yang azie tak kan tinggalkan Ostematrik ni lagi sampai bila2... doa kan lah azie...amin...

Berikut adalah jadual keperluan kalsium yang diperlukan engikut peringkat umur


Keperluan kalsium mengikut umur
Jadual keperluan kalsium mengikut umur

Gambar ikhsan diatas : vitamin2u.net

Yang tak mengalami masalah seperti azie mungkin tak mengambil endah sangat pasal kalsium ni, ambil enteng sahaja, peringatan azie, cegahlah sebelum parah, tak kan nak tunggu gigi & tulang rapuh baru nak ambil. Ingatlah semua orang lelaki & perempuan perlukan kalsium..Semua orang ye...baby kecil sehingga orang tua memerlukan..Sekian terima kasih, lama dah membebel ni..hihi..

JOM SAYANGI TULANG KITA, JANGAN TUNGGU SAMPAI TULANG BERBUNYI KRIUK2... SAPE TAK SAYANG TULANG OIII

Jom jogging ....sape menang dapat hadiah
Dah penat jogging kita rehat hihi

Seblum lari amik gambo dulu...

Wahh...Qisya ada gaya jadi instructor gym nih..
~Salam Sayang~

Promosi Februari 2015

as salam... maaf dipinta kerana sudah lama tidak berupdate blog ini, hmmmm.... nk citer sempena bulan february ni, macam luar biasa pula bila Shaklee ada 4 item yang dipromo kan (betul ke ayat ni?) hihi... Kita ada Vita-lea untuk dewasa, Vita-lea untuk kanak2, Ostematrik & JHT (Joint Health Tablet). Seronok tau sekarang...sekali promo abes 4 jenis vitamin sekaligus. Hmmmm..sambil2 tu bolehlah klik kat sini if nak tau tentang2 vitamin ni ye..







~Salam Sayang~

Wednesday, 18 February 2015

Vita-lea Kid Shaklee telah kembali..

Hi.....
as salamualaikum wbh... macamana keadaan hari ni, pasti semua gembira kan sebab hari ni cuti CNY, bolehlah buat apa2 kerja yang tertangguh kat umah tu. Azie memang dah ada list lah nak buat kat umah ni, hihi...tak pergi memana pun, dok umah aje, rimas ramai2 orang sangat nih, dengan nak bawa baby Danish ni, memang terpeleot lah tudung, dress ni, depan cermin aje rasa dah cantik, bila dah bawa Danish, dah masuk kereta, dah breastfeed dalam kereta, habis semua setting lari, kadang2 keluar kereta pun lupa nak zip blouse sebab perasan mcm dah zip, lagipun shawl nya labuh, tu yang x perasan, begitu lah penangan ibu2 yang beranak kecil, rasa tak cukup masa sehari 24 jam sebab blouse pun lupa nak zip, hihi... Danish...Danish...


Sempena telah kembalinya Vita-Lea untuk kanak-kanak ni, nak lah jugak azie share serba sedikit tentang nya. Azie join Shaklee tahun Feb 2011 masa tu dah tak kuar lagi Vita-Lea untuk kanak-kanak ni...tetiba tahun ni dah kembali semula dengan formula yang telah dpertingkatkan... Ni lah dia rupanya... comel aje...


Vita-lea ni mengandungi multivitamin & multi mineral yang telah dirumus khas untuk kanak-kanak. Mengandungi 18 vitamin & mineral asas yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat & bertenaga. Antara keistimewaan nya ialah :
  • 100% lengkap dengan vitamin Powder yang merupakan asas bagi membina kekuatan fizikal & pertahanan badan kanak-kanak iaitu viitamin C,D,E & 8 jenis vitamin B
  • Mengandungi 200mg kalsium, magnesium & zink & pelbagai mineral penting untuk fungsi optimum tubuh badan kanak-kanak.
  • Berperisa semulajadi dengan xylitol yang mencegah pembentukan kaviti
  • Bebas sebarang perasa tiruan, manisan tiruan & bebas bahan pengawet.
  • Bebas gluten & mempunyai perisa anggur semulajadi. 
KEBAIKAN VITA LEA KANAK-KANAK:
  • Merupakan sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan & pertahanan badan kanak-kanak
  • Bekalan harian vitamin B untuk membantu kanak-kanak lebih fokus dalam pembelajaran & untuk memelihara saraf.

Memang dicipta khas untuk kanak-kanak, jika azie jadi kanak2 memang terasa dihargai bila ibu bapa memberikan nya, hihi... 

~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy