Friday, 1 March 2013

Tekanan darah rendah


Kalau kita mudah pening, sering pitam dan berdebar-debar. itu tanda-tanda kurang zat besi. Tambah pula, kalau memang tekanan darah rendah, gejala-gelaja ini sering berlaku. Cuba amalkan 2 biji Vitalea kerana ramai yang mendapat kesan positif selepas mengamalkannya. Kalau sebelum ini anda dah ambil 1 biji Vitalea, mungkin ia tidak memadai. 2 biji vitalea adalah yang direkomen di label Shaklee untuk dos harian, jadi jangan risau terlebih dos pula.

Jom baca sharing dari 
Dilla tentang pengalamannya.Saya mc sampai 2 hari...dua-dua hari berlaku kejadian yang sama..Waktu pagi, memang tak larat untuk bangun..apatah lagi nak pergi ke tempat kerja...kepala pening sangat.. 
Bila pergi klinik, tekanan darah saya agak rendah, 90/60..bila tengok tapak tangan pun pucat lesi sangat. Doktor kata tekanan darah rendah dan mungkin anemia sebab pucat sangat..Doktor minta saya makan makanan laut yang boleh tambah darah macam kerang, hati dan organ dalaman lain. 

Saya termenung sekejap.Saya memang sudah lama melatih diri untuk elakkan memakan organ dalaman seperti yang diajar Rasulullah SAW. 

Jadi penyelesaiannya, beliau telah mengambil 2 biji Vitalea berbanding 1 biji Vitalea yang sering beliau skip juga sebelum ni.

Sejak dari hari tu, saya mengamalkan pengambilan Vitalea 2 biji sehari pada setiap pagi dan pada sebelah malamnya, saya akan mengambil 4 biji Ostematrix sebelum tido sebab kalsium ni juga penting untuk membantu pembentukan sel darah merah =).


Allhamdulillah, sekarang dah hampir tiada langsung pening-pening...hehe..

Apa itu Vitalea Shaklee?

Apa itu Shaklee Vitalea Iron Formula? Merupakan produk pertama daripada Dr.Forest C Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Merupakan "killer product" of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. 

Info berkenaan zat besi:
Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan. 

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin. 

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
  • Keletihan, lemah badan.
  • Berdebar, sakit dada.
  • Kesukaran bernafas.
  • Anemia.
Selain itu, kelebihan Vitalea lagi adalah:
Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang. 

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah. B-Compleks mempunyai pelbagai vitamin B yang LENGKAP  terdiri daripada lapan (8) vitamin B.iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.


credit

~Salam Sayang~

Friday, 22 February 2013

GLA Complex Shaklee lebih bagus daripada Evening Primrose Oil?


Umum mengetahui EPO adalah sangat sinonim dengan wanita yang sentiasa  mahu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tetapi tahukah anda, di Shaklee juga terdapat satu produk yang mampu menandingi kehebatan EPO?

Perbezaan Shaklee

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! 

*Borage*

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

Keistimewaan GLA Shaklee



1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

credit

~Salam Sayang~

Set Kesuburan Shaklee


Dalam entri yang lepas saya ada kongsikan tentang mudah hamil denga GLA Complex Shaklee. Lalu, apakah makan GLA Complex saja untuk kesuburan?

Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi vitalea, B Complex, Vita-C, dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C , VitE dan Zinc Complex.

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vitamin E meningkatkan daya seksual bagi suami isteri, menghasilkan sperma serta hormone seks dan melindungi sperma daripada rosak. Membantu mengatasi masalah pancutan awal. 

Vitamin C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan 

Zinc Complex untuk suami. 

Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.


~Salam Sayang~

Thursday, 21 February 2013

Kecantikan dengan B-Complex, VitE & VitaC Shaklee


Ramai antara kita yang mempunyai masalah kulit kusam, pigmentasi, jerawat, kulit kering dan macam-macam lagi. Ianya bukan sahaja kerana faktor umur, tetapi kadang-kadang faktor persekitaran, cara pemakanan dan juga alahan.



Kalau anda mahu mengatasi masalah ini dengan selamat dan insyaAllah berkesan, anda boleh lah mencuba Set Kecantikan kami. Kalau anda cuma titik beratkan kecantikan luaran sahaja tetapi tidak menjaga dalaman, hasilnya pastilah tidak memberangsangkan. Kata orang, bermula dari dalaman yang bersih insyaAllah akan terpancar sehingga ke luar. Ada antara kita sanggup membeli alat mekap yang mahal-mahal, tapi kenapa tak sanggup nak beli suplemen untuk diri sendiri? Orang yang cantik biasanya mempunyai kulit yang sihat dan cantik. Tak perlu berselindung di sebalik mekap-mekap yang tebal. Shaklee adalah pengeluar suplemen yang terkenal dengan kekerapan membuat R&D dan sentiasa membaiki mutu suplemennya. Dan ianya memang telah terbukti berkesan semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan anda memakan sesuatu yang berkhasiat, insyaAllah badan turut menjadi sihat.

Ok jom kita lihat apa yang ada di dalam Set Kecantikan ni ya. Ada 3 jenis vitamin yang sangat penting.
American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.
Jom kita lihat testimoni mereka yang berpuas hati dengan ini.


CREDIT TO VITAMIN SEMULAJADI

Dan ini adalah apa yang Nadia emelkan mengenai testimoni dia berkenaan penggunaannya

Gambar ni nadia saje nk tunjuk kat akak. Gambar sebelum nadia amik set kecantikan dan slps amik set kecantikan..sebelum amik tu,muka mmg da berparut,berparut je nadia blh tahan lagi,jerawat naik tak henti2..tak cukup dgn tu,muka nadia jadi kusam,jadi makin gelap..mmg malu sgt2..mase tu tak kisah sgt,sbb nadia tgh praktikal,tapi bile da nk bukak sem baru,ase segan nk p blaja ngan keadaan muka camni..hilang keyakinan diri..usha2 dlm internet,jmpe la blog akak sal Shaklee ni..amik risiko nak try mkn vtamin ni..hehehe..doktor ckp ok,dia ssuai utk vtamin tmbhan..tu berani order ngan akak..bln7 2011 nadia try set kecantikan ni,Alhamdulillah,walaupun awal2 pengambilan,jerawat nadia naik bertambah banyak,tapi dia beransur2 hilang..parut pun da kurang,xde bintik2 hitam dah..sekarang ni nadia da blh mkn mknan laut dah,xperlu isau tkt jerawat naik..gambar terbaru nadia ni,hsl pngambilan vtamin set kecantikan..xperlu edit2 dah..sbb parut da kurang..hehe..i’Allah nadia akn trs amalkan pngambilan vitamin ni

Ini bukan auta ya.. Ini adalah fakta.. Sebenarnya bila anda consume SET Kecantikan ini, dalam masa yang sama akan mendapat banyak manfaat lain. Contohnya vitamin E boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan bersenam. Dan bagi ibu yang menyusukan anak, vitamin E juga boleh menjadi first aid dalam mengatasi bengkak susu! Wah.. bonus banyak kan..


~Salam sayang~

Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee!


Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu anda untuk cepat hamil?

Antara fungsi GLA (gamma linolenic acid) adalah menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 



Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1. 

(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)

Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil? 


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan. Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P


~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy