Saturday, 10 November 2012

Jenis-jenis & fungsi vitamin

Sumber: Wikipedia

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, Karbohidrat dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Mari kita lihat jenis2 dan fungsi setiap vitamin.


Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :Vitamin AMenggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:Vitamin CMembantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Soalan seterusnya.. Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?

Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. 

Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

Sekian info sharing hari ini ya... Semoga hari esok lebih ceria dan lebih bertuah dari hari ini buat kita semua..

credit

~Salam Sayang~

Thursday, 8 November 2012

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. 


 “Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad. 


Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau. 


Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. 

 “Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu. 


“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu. 


Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi. 


Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. 

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan. 


Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah. 


Ikan bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian. Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. 


“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi. 

 Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya. 





Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji Ostematrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji Ostematrix setiap hari.. 

 credit 

~Salam sayang~

Wednesday, 7 November 2012

Lihat tahap kesihatan anda...

Anda mungkin rasa anda sihat kerana tidak mengalami sakit kronik.
Tetapi cuba lihat..adakah anda ada masalah2 seperti berikut? 
  • Kurang tenaga/letih/lesu/penat, 
  • Berat badan berlebihan 
  • Selalu pening 
  • Gusi berdarah 
  • Mudah calar 
  • Mengantuk
  • Gugup
  • Selsema
  • Selalu mengambil painkiller 
  • Nafas berbau 
  • Sakit2 sengal badan 
  • Sakit bahu
  • Sembelit
  • Rambut gugur
Itu semua adalah tanda2 biasa disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup kurang sihat. Jika dibiarkan berlarutan tak musthil ia membawa kepada sakit2 kronik.. yg masa ketika itu.. anda kena bergantung pada ubat.. 

Apa yang boleh kita amalkan untuk mencegah?.mari apply tips2 di bawah ni.. 
  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu ( tak semestinya ke gym..boleh pilih yang simple2..turun naik tangga ke...skipping ke...) 
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam, kafein,rokok.. 
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses ..ie fastfood... kerana makanan yangtinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu. 
  • Makan lebih sayur dan buah..makan protin dari sumber rendah lemak 
  • Minum 8-10 gelas air yang bersih 
  • Belajar untuk mengawal stress dan tekanan hidup 
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C , Vitamin E & B Complex.. 
Vitamin pilihan saya? Saya memilih vitamin jenama Shaklee, kerana ianya selamat, berkesan dan mesra alam.. dan yg penting ianya vitamin natural bermaksud badan mudah menyerap berbanding vitamin sintetik/kimia..

credit

~Salam Sayang~

Vitamin Lengkap Untuk Ibu Hamil


Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung...
  • (1) B-Complex - 1 tab daily. this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.
  • (2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.
  • (3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.
  • (4) Ostematrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji Ostematrix sehari pun mencukupi.
Saya quote from babycenter, ya:
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)
  • (5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari je. Air tu boleh air kosong, mahupun juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  • (6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.
Saya quote kepentingan Omega :
The benefits for baby are:

  • A better brain with higher intelligence
  • Good nervous system development
  • Better eyesight from retina formation
  • Fewer behavioral problems after birth
  • Better sleep patterns for a new born
Health benefits for mom include:

  • Less chance of developing pre-eclampsia
  • Protection against brain loss during pregnancy
  • Less chance of pre-term labor and cesarean
  • Much lower risk of postpartum depression
  • Greatly reduced incidence of breast cancer
DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)
Untuk penyerapan vitamin yang lebih baik, better ambil vitamin di waktu malam. Namun kalau nak ambil semua serentak mesti sukar, kan?

Jadi, ini suggestion 
(Jadual Pemakanan) :

Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan, bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp, badan rasa ringan gitu.

Ini sekadar cadangan, boleh juga tukar2 ikut keserasian dan keselesaan. Namun, yang Ostematrix tu, sangat digalakkan ambil di waktu malam.




~Salam sayang~

Berpantang : Vitamin Vs Jamu - Kenapa Saya Pilih Vitamin?


Salam Sejahtera,

Menjaga kesihatan selepas melahirkan merupakan perkara terpenting. Mak selalu pesan... jaga badan betul-betul supaya bila tua, takde lah asyik tak sihat. Kalau ikut orang-orang tua dahulu... tak boleh keluar rumah 44 hari... tak boleh pijak tanah 44 hari... zaman saya dah tak macam tu.... :). Namun tak dinafikan menjaga kesihatan itu wajib dititik beratkan.

Apa yang anda pilih ketika berpantang? JAMU? VITAMIN? atau kedua-duanya?

Jom baca berkongsian dari kak N.... VITAMIN vs JAMU... Kenapa beliau pilih VITAMIN?

Sejak mengandung anak sulung, saya memang nekad hanya berpantang dengan pengambilan vitamin semata-mata. Ini kerana melalui pembacaan saya, apabila seorang ibu melahirkan anaknya, beliau akan kehilangan banyak darah maka badan memerlukan cukup vitamin dan zat untuk proses pemulihan. Ini ditambah apabila saya niat nak menyusukan anak saya, maka saya perlu memastikan badan saya cukup vitamin untuk pemulihan dan secara langsung dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susuibu. Ditambah saya melahirkan anak secara berpotong [ c-sec] maka saya perlu pastikan rahim saya cepat baik dan jahitannya tidak rosak.

Ada beberapa kenalan yang saya temui yang melalui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.

Pada awal kelahiran, mak mertua saya berikan saya minum air rebusan kunyit dan terus bacaan kuning anak saya meningkat ditambah anak sulung saya lahir pra matang. Sejak tu lagi la saya cuma percaya pada vitamin semata-mata. Saya banyak membaca buku tulisan doc yang pro vitamin seperti Dr Bruce Miller , doc feveret saya. Banyak diterangkan fungsi dan keperluan setiap vitamin.

Maka vitamin yang paling bagus diamalkan semasa berpantang ialah:



Vita-Lea multivitamin lengkap dengan formula zat besi

Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin B Complex
Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitamin C
Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui.

Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP
Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.

Selain ini, apa yang saya amalkan?

Saya turut amalkan vitamin E untuk pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsium untuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Maaf ya, saya tak makan jamu....sebab dalam minda saya, saya hanya perlukan vitamin untuk baik dan menyusu anak. Walaupun jamu boleh diambil bersama vitamin namun saya tidak mahu ianya mengganggu sistem tubuh badan saya kerana saya tidak mahu kecelaruan dalam darah berlaku disebabkan kandungan yang tidak diketahui.

Maka nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan. Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan masa untuk pulih.


Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.

Berbeza dengan mereka yang buat persiapan awal. Sama juga dengan simpanan. Ada orang simpan duit sejak masa senang supaya bila susah ada simpanan back up. Tetapi mereka yang tidak beringat akan hilang punca apabila terdesak. Sedangkan masa senang tak mahu menyimpan. Lebih baik amalkan vitamin semasa sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan yang berbeza


~Salam sayang~

Alfalfa ~ A Shaklee Signature Formula. Untuk lelaki & wanita.


Alhamdulillah dah masuk Nov 2012. Bulan yang sungguh HOT sebab promo alfalfa. Ramai orang tersenyum ni dapat tahu promo ni. Kalau sebelum ni orang sibuk mengatakan Alfalfa hanya utk wanita.... TIDAKKKKK.... ia sesuai utk lelaki mahupun wanita. 

Tahukan anda, alfalfa terkenal dalam dunia perubatan Mesir Purba, Tamadun China dan India. Sebab itulah ia mendapat nama jolokan Alfalfa (Raja Segala Tumbuhan) – dalam bahasa arab.

Alfalfa Promo
Alfalfa sprout
Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Nama saintifiknya ialah "Medicago Sativa". Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar

Antara khasiat alfalfa membantu masalah :
·         Arthritis
·         Asthma
·         Allergy
·         Penyakit Usus (Colon disorder)
·         Buah pinggang
·         Kencing manis
·         Melawaskan usus
·         Ulcer
·         Fluid retention
·         Kurang selera
·         Penghadaman
·         Pencernaan
·         Gastrik
·         Penyakit kulit (Eczema)
·         Kurang darah (Anemia)
·         Sembelit
·         Badan, nafas dan kaki berbau
·         Promotes pituitary gland function, Gout
·          Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)
·          Merawat masalah keputihanpada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, makaia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
·         As Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu,- Milk Booster.


~Salam sayang~

Saturday, 3 November 2012

Alfalfa


Apa Khasiat Alfalfa?





Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE

Alfalfa
- Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa
credit
~Salam sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy