Sunday, 16 September 2012

Migrain , sakit kepala?..ada penawar selain dari ubat/pain killler?


Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan....."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..minta maaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan.. 

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

1. Sakit kepala kerana tekanan
2. Sakit kepala kerana sinus
3. Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

~Kekurangan zat dan nutrisi
~Faktor keturunan
~Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
~Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
~Terlalu banyak mengambil kafein
~Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...


Akhir kata..bak kata mommylyna ni...~~~Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.~~kata2 ni memang saya setuju sangat2..

Apa lagi..cepat dapatkan dua2 supplemen ni.



Berminat, Sila hubungi Azie di:


email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS /whatApps : 019-7799255

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Vitamin B & apakah kaitannya dengan rambut anda.


Jom baca...(credit to Azrinna)

Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing.Mari kita tengok fakta tentang rambut :-

* Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh.
* 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa
* Secara umumnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (untuk rambut hitam),80,000 (merah), perang (120,000)
* 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi 'berehat' 100 helai rambut gugur setiap hari dianggap biasa
* Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut
* Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut
* Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada
usia 50 tahun 
kerana hormon testosterone.
*Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 8 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.
* Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.
*Kekurangan nutrisi akibat diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko
mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi bermula dengan rambut kering, suram dan putus.
Sumber; Dr Jerry Shapiro, Director University of British Columbia Hair, Research and Treatment Centre Vancouver Hospital and Health Sciences

Dan tahukah anda....... Vitamin B Complex amat membantu dalam masalah rambut gugur..B Complex yang diperlukan oleh badan ada 8 jenis.. dan 5 daripadanya adalah untuk rambut:

-Vitamin B3 (Niasin)- Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.

-
Vitamin B5 (Pantotenik)- Jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisinya selain untuk mengatasi rambut gugur

-
Vitamin B6 (Piridoksin)- Untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilkan melanin untuk elak rambut dari beruban

-
Vitamin B12(Sianokobalamin)- Mengatasi masalah rambut gugur.

-
Biotin - Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga berfungsi mengawal rambut beruban
*Sumber: Majalah Rapi 1 Oktober 2010






Shaklee B-Complex provides all eight essential B vitamins necessary for converting the food we eat into energy. B vitamins are essential in the synthesis of DNA and new cells. The B vitamins (folic acid, B6, and B12) promote a healthy cardiovascular system by helping to lower homocysteine levels in the blood.*With Shaklee B-Complex, you get:
o all the B vitamins properly balanced with 100% of biotin
o easy to swallow tablet
o a patented bioactivated absorption system. Since folic acid, a critical B vitamin, isn’t easily absorbed, we developed a unique folic acid coating that makes the nutrient more accessible and bioavailable..


Berminat, Sila hubungi Azie di:

email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Soalan dan Jawapan yang anda perlu tahu tentang B Complex


Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?
Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.
Apakah B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.
Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.
Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?
Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan
Siapa sebenarnya yang perlu B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
· Terdedah kepada sinaran matahari
· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda
· · Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
· · Wanita yang mengambil pil perancang

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...
_____________________________________________________________

Bila kita tahu fungsi dan kebaikkan B Complex..automatik kita akan berdisiplin utk makan hari2.. B Complex membantu badan lebih bertenaga, lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi....Kata nak jadi superwoman ..kan kan..

Berminat, Sila hubungi Azie di:
email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Gabungan vitamin untuk kulit . Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari..Bagaimana vitamin2 lain?


Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?
Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


Berminat, Sila hubungi Azie di:

email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Salah satu punca obesiti adalah stress. Jadi bagaimana B- Complex dapat membantu


Salam pagi selasa buat semua..Baru2 ni dapat badnews kawan saya kata ade seorang manager muda di tempat kerjanya meninggal akibat stroke dan kidney failure. Yang jadi tersentak sebab masih muda. Dan bila sebut stroke... saya terus teringat tentang stress..Sebenarnya stress ni punca banyak penyakit2 kronik....Banyak kesan2 kurang baik ke atas kehidupan..especially wanita. Stress menggangu sistem pencernaan kita(sakit perut,sembelit,cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan... haaa.. point yang last tu mmg menarik.. berat badan naik bukan je sebab anda byk makan..tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti....

Jadi..utk mengawal stress.. anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu.Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...
  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram
B Complex pilihan saya......................
.
B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?
Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~
Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.. kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk ...jika dibiarkan.boleh menjurus ke penyakit fizikal.~overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan byk lagi.... .dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik....Akhir kata.... sayangilah diri anda. .kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda..

Berminat, Sila hubungi Azie di:
email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kesan pil antibiotik ke atas susuibu.. stop terus ke?

Entry kali ni nak cerita tentang pil antibiotik dan kesan ke atas penghasilan susu ibu.... Secara umumnya pil antibiotik memberi kesan secara tak langsung,menjejaskan milk production. mungkin ada yg OK..tapi ada beberapa cases yang saya dah jumpa mmg susu drop teruk. 

(pengalaman sendiri?..walaupun saya demam panas teruk..mmg saya ketepikan je antibiotik yang doktor kasi...biarla perit cemana..sabar jer lah..tak pun telan nutriferon shaklee..hehe) tapi saya faham ada sesetangah ibu yang kurang arif kesan pil antibiotik ni, jom kita baca antara kes yang saya encounter sepanjang berblog ni.

case 1 : ni case last month..Pn Yenny dari langkawi...saya dpat sms darinya..time tu saya baru kembali dari Mekah...katanya dia baru nak sembuh dari demam panas yang kuat sehingga masuk ward,dan doktor memberikannya pil antibiotik...then dia mengadu..dia stress ..sampai menangis..sbb susunya terus stop..(alamak..sy ni tak  boleh tgk org sedih2..kang saya lak yang nangis..huhu)..saya kata SABAR..itu sebahagian dari ujian Allah....insyaAllah...susu pasti masih masih ada..cuma perlu gandakan usaha..more stimulation..kene rangsang lebih..cth mcm kereta lama dah tak tersadai tak di start enjin..jadi surelah amik masa nak panaskan enjin..bukan boleh masuk terus gear 5... 

Jadi nasihat saya, jika susu tiba2 drop terukkk selepas mkn pil antibiotik.jangan panik.....lakukan langkah berikut:
  1. mulakan kembali - PUMP secara efektif..if possible setiap 2 jam..(walau kluar 0.5 oz atau angin saje...pun kene teruskan pump..hari2 ye..ni namanya untuk stimulate/rangsang kembali....HARI2..insyaAllah lepas 1-2 minggu..flow will back to normal...)
  2. mkn supplemen - bancuh ESP 3x sehari, dan yang lain2 (alfalfa(3x sehari, bcomplex,vitalea,vita C..mkn mcm biasa)
  3. kerap minum air - 2-3liter sehari
  4. doa dan istigfar. dan selawat.
  5. baca surah Al-Waqiah..doa agar murah rezeki susu untuk anak kita...
  6. RILEKS..feel happy....
InsyaAllah, selepas 1-2 minggu..pasti flow susu akan kembali normal. Alhamdulillah selepas seminggu saya mendapat SMS dari yenny the milk back to normal itulah ganjaran buat ibu2 yang bersabar, dan saya memang yakin pun yang yenny seorang ibu yang mempunyai semangat juang yang tinggi,mujur dia berfikir positif dan tak mudah putus asa.

Dan ini another true story.luahan puan has yang saya ambil dari blog kak N buat ibu2 sekalian.....

Salam,
Pekaba Kak N? saya harap Kak N sentiasa sihat dan ceria2 selalu...
Kak N, tujuan email ni saya layangkan buat tatapan Kak N bukanlah utk mengganggu tetapi untuk berkongsi kegembiaraan...walaupun kadang2 saya hampr putus asa tetapi kata2 semangat dari kak N membuatkan saya bangkit kembali...
selepas seminggu saya kene bengkak breast dan terpaksa makan antibiotik susu saya drop...saya stress sgt mase tu tp kepala ni sentiasa set yg stress akan menyebabkan susu saya makin kurang..tetapi saya teruskan juga makan b complex dan vitamin2 lain seperti biasa...air masak 3liter sehari...doa dan zikir yang tidak putus2 saya amalkan...pesanan kak N sentiasa saya ingat dan pesanan itulah yg membuatkan saya bangkit kembali...walaupun masa yang diambil utk susu pulih kembali sediakala agak lama juga...tapi saya tabahkan hati dan kuatkan semangat..jadual mengepam saya 1 hari sampai 5kali...kalau sebelum ni 3kali sehari...kadang2 sedih juga bila pam hanya dapat susu sedikit shj...tapi saya percaya dan yakin yang susu saya sentiasa cukup untuk Haikal..

Saya up kan alfalfa dari 2biji sehari sehingga 6biji sehari...pagi lepas sarapan 2biji,tengahari 2biji dan malam 2biji sehari...dan hasilnya bukan ambil masa sehari susu terus up tetapi ambil masa seminggu juga untuk susu saya kembali banyak dan boleh buat stok EBM untuk bulan puasa...apa yang nak saya kongsikan dengan kak N satu hari tu jadual pam saya seperti ni..

5.30am = 7oz
10.15am = 7oz
1.00pm = 5oz
4.00pm = 5oz
6.00pm = 4oz
total 28oz

Syukur sgt masa hari tu saya dpt susu yang agak meriah...selalunya 1hari hanya 20oz sahaja...saya percaya Usaha dan Istiqamah itu penting...doa dan solat 5 waktu mesti jaga..itu yang saya pegang sehingga hari ini..bulan Julai ni Haikal dah 1tahun bermakna saya dah beri dia susu ibu selama 1tahun dan perjuangan saya masih berbaki 1tahun lagi..Doakan saya ye kak N..terima kasih banyak2 atas nasihat dan semangat dari kak N..dan saya bersyukur sgt jumpa dengan kak N dan kenalkan saya dengan Shaklee..mungkin selama ini saya cuma dengar kejayaan ibu2 yang menyusukan anak sehingga 2tahun tapi untuk capai kejayaan itu bukan mudah...duagaan demi dugaan kita hadapi..sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang...


Dan yang terbaru lastweek saya mendapat sms dari Pn Mariam, seorang ibu yang saya kenal di alam maya juga kes yang sama susunya stop production setelah makan pil antibiotik, beliau hampir2 menangis putus asa.

saya memberinya galakan dan mencadangkan supplemen yang sesuai (beliau mengambil set B dan ESP),setelah seminggu bersabar dan mengamalkan steps2 di atas.

Inilah sms dari beliau "Salam, syukur alhamdulillah baru jap tadi i pam i dah dpt 2 oz..lastweek langsung tak dpt..skali pam 1 oz pun tak sampai...this week dah ok..tq".
Alhamdulillah...mariam ada emel luahan hatinya how she cope with it, nanti saya share kan kat blog ni ye, buat perkongsian dengan ibu2 lain..insyaAllah. Nanti bolehla kita baca ye.

kesimpulannya.. apa jua ujian yang anda tempuhi lalui..yakinlah...Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar...bersangka baikla terhadapNya...ganjaran yang besar pasti menanti org2 yang sabar...saya hanya mampu memberi sokongan moral..tetapi diri sendiri perlu tabah dan berfikiran positif.... 



Berminat, Sila hubungi Azie di:

email : dhia.haziqa@gmail.com  atau call/SMS : 019-7799255


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy