Friday 13 June 2014

Pantang Larang Vitamin

Tidak merasa manfaat setelah mengambil supplement dan vitamin? Mari kita check senarai semak dan pantang larang ini!

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.
Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH…..apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan.


~Salam Sayang~

Vitamin E Shaklee




Bulan June 2014 ni promo Vit-E Shaklee, beli 6 percuma 1. Jom kita berkenalan dengan vitamin ini.. Dah kenal mesti jatuh cinta, hihihi...



Tahukah anda Vita-E shaklee merupakan vitamin E yang sangat powerful di pasaran? Kenapa ia sangat powerful? Kerana vita-E shaklee bukan semata-mata vitamin E, tetapi ia juga mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur.
Biji anggur yang kaya dengan polifenol, iaitu antioksidan aktif untuk menyingkirkan radikal bebas. Sebab tu biji anggur sangat keras dan tidak mudah dihadam oleh sistem pencernaan kita. Kulit anggur pula sangat tegang dan nipis tapi mampu melindungi isi anggur yang sedap dan lembut.
Apa itu radikal bebas? Radikal bebas ialah bendasing dalam persekitaran kita yang apabila masuk ke dalam badan, akan menjadikan sel-sel badan kita rosak/ mati (penuaan).
Apa pula selenium? Selenium diperlukan untuk penghasilan gluthathione peroxidase yang merupakan antioksidan utama di dalam setiap sel tubuh. Vitamin E dan Selenium membantu kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki memerlukan Selenium lebih berbanding dengan wanita kerana lelaki akan kehilangan Selenium melalui pengeluaran air mani. Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan penghasilan sperma yg berkualiti dan membantu sperma bergerak pantas dan sampai ke destinasi (ovum) dengan cepat.
Untuk wanita pula, kombinasi vitamin E dan Selenium membantu mengurangkan simptom ‘hot flashes’ yang di alami oleh wanita menopause.
Manfaat-manfaat utama Vita-E Shaklee:

1. Meningkatkan sistem imun badan
2. Kulit semakin halus, gebu dan licin
3. Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
4. Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
5. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
6. Meningkatkan kesuburan lelaki & wanita
7. Menyokong kesihatan jantung & otak
8. Meningkatkan keinginan seksual suami isteri (Vitamin Cinta)
9. Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat
10. Merendahkan kadar kolesterol.
11. Membantu mencegah kanser prostat
12. Merendahkan risiko katarak.
13. Membantu mengecilkan kawasan gelap areola  dan warna puting menjadi cerah semula.
14. Parut strecth mark menjadi semakin pudar.
15. Bertindak melindungi kulit dari pancaran matahari yang teruk.
16. Untuk ibu menyusu, Vita-E mencegah daripada bengkak susu atau merawat nipple yang cedera.
Vita-E Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) yang asli dari minyak sayuran dan bukannya sintetik. 

Anda juga boleh membeli secara online dengan 'klik' pautan  online :


~Salam Sayang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy