Thursday 21 November 2013

Dapatkan Set Gout Shaklee

Apa itu gout ?
Penyakit radang sendi akut .Kebiasaannya melibatkan satu sendi sahaja terutamanya sendi ibu jari kaki.Terjadi akibat dari kadar uric acid yg tinggi didalam darah hyperuricaemia.

Terbahagi kepada 2 kumpulan:
Gout Prima: Sejenis penyakit keturunan yang terjadi akibat dari gangguan proses metabolisma lantas menyebabkan hyperuricaemia.
Gout sekunder: Terjadi pada semua peringkat umur dan terjadi akibat dari penyakit kegagalan ginjal kronik, kanser seperti Leukimia dan Lymphoma.

Siapa yang berisiko ?
Lelaki
Wanita menopos
Obes / berat badan berlebihan
Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dsb.

Bagaimana mengelakkan dari terjadi?
Hindarkan perkara perkara yang meningkatkan risiko seperti yang tersenarai di atas.
(info:anakku.wiraku.blogspot.com)
Dan ini testimoni dari kak N,pengalaman bapa mertuanya
“Utk kes gout ibu belajar dari bapak mertua ibu. Ayahtok dulu ada sakit gout yang teruk, bengkak kebanyakan sendinya sehinggalah beliau diperkenalkan dengan Shaklee. Dulu ayahtok tak boleh bangun dari katil kerana keadaannya yang sangat teruk tapi kini alhamdulillah beliau sihat namun perlu berpantang dalam mengambil makanan.Bagi pesakit gout, mereka disarankan TIDAK mengambil makanan yang berprotin tinggi terutama makanan laut seperti ketam, udang termasuklah ikan bilis. Ikan pula boleh tapi berpada2 juga terutama ikan sardin, memang boleh membuatkan lebih worst keadaan pesakit gout itu. Sayuran kekacang juga perlu dikurangkan. Buahan2 juga seperti pisang cuba dielakkan kerana ada sesetangah pisang memberi impak kepada pesakit gout yang boleh mengakibatkan sendi2 menjadi bengkak.”
Jadi sudah semestinya saya takkan suggest beliau mengambil soy protin..bertambah teruk goutnya karang..Antara supplemen yang dapat membantu mengurangkan kadar urik asid di dalam badan mereka:



1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2.
 Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
3. Omega- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas..kalau gi jumpe doktor pun,pasti akan dibekalkan ubat..kene bergantung dengan ubat selama2nya... namun kesan mengambil ubat/drug ke atas buah pinggang???..hanya pesakit yang menanggungnya.
credit: Kak Cery
~Salam Sayang~

Beza Ubat & Supplemen

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

Medicine ( Ubat )
1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

~Salam Sayang~

Tuesday 19 November 2013

GLA Complex Untuk Kecantikan & Kesihatan

Assalamualaikum semua, dah makan ? Mestilah dah kan... da malam2 ni...pas masak terus makan, hmmmm nikmatnya dapat makan nasi panas2 kan... Qisya pun da beradu sempat lah nak berblog2 bagai ni... Malam ni nak citer pasal GLA lagi..

Rasa gembira teramat2 sangat bila teman opis yang merangkap bff ni makan GLA telah disahkan pregnant lagi. Syukur Alhamdulillah, kita berusaha, Allah jua yang mengizinkan nya. Rasanya da dekat 4 botol juga nina makan GLA ni secara istiqamah, berjaya jua akhirnya..

Seorang lagi teman yang masih bujang sangat teruja bila periodnya yang malu2 kucing nak keluar tu dah pun keluar dengan jayanya... Sherry pun berterusan mengamalkan GLA, paling best bila Sherry kata kulitnya semakin lembut.. macam pakai pelembab gitu.. Jom baca sedikit info tentang GLA ni..

Manfaat utama GLA Complex keluaran Shaklee:
 
 
  • Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal estrogen dan testosteron – GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Menambah kesuburan wanita – Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup hingga 5 hari. GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.
  • Melambatkan menopause – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Mencantikkan kulit – memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
  • Mencantikkan rambut – memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
  • Pelangsingan – merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc.
  • Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
  • Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) – terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
Jom wanita2 di luar sana pastikan kat umah kita ada sebotol ye... Supplemen ni memang wajib untuk kita yang tua, muda untuk kelihatan cantik & sihat :-)

Friday 8 November 2013

VitC Plus Shaklee Sudah Kembali :-)

Assalamualaikum wbh kepada sume pembaca. Hari ni nak share pasal vitC plus yang da muncul kembali tu. Suffer jugak sepanjang vitC ni x de, terpaksalah beli kat S'pore sebab x nak putus makan, naseb lah en.somi sudi nak melayan kerenah diriku ini, hihihihi...

VitC ni kan da sinonim dengan nama 'Vitamin Kecantikan', rasa nya 1 dunia tau kot... So untuk kali ini azie x nak citer pasal kecantikan tapi pasal resung pulak.

If nak tau azie da dekat 20 tahun ada resdung, perghhh punya lah siksa, lagi2 tetiap pagi asik aaaachum....aaachumm, kompom dekat 20x, ngan selsema nya, if salah makan abes ar sampai time solat menitik2 kena kat telekong. Kesian kan? Yang mengalaminya ni lagilah.

Tetapi segalanya berubah bila azie start amik set menyusu, dalam set menyusu tu ada vitC, makan secara istiqamah... Tetiba perasan... eh nape aku dh x selsema, da x aachumm2 lagi.. fikir punya fikir... Aah lah sebab amik vit C. Saje nk pastikan siap x nak amik vitC seminggu. Huh baru 3 hari da sotset2.. Bila teruskan lagi dah ok... Pergh apa lagi terus jatuh chenta kat VitC.

Pulak tu promo kat kawan opis Nas & Kak Sabar & dorang pun bagi feed back yang tak sangka2 iaitu sehari dua da ok selsemanya, kalau x memanjang berminggu2 nak baik. Apa lagi syukur sangat2 dapat tolong orang lain sembuh..

Sehari azie amik sebiji pas breakfast, sebotol ada 180 biji, tahan 6 bulan, perhh sangat berbaloi-baloi. So dengan kemunculan kembali VitC ni marilah kita sama2 memanafaat kan nya :-)




Apa yang best sangat vitamin C 500mg ni?

MANFAAT UTAMA :
·         Membentuk Kolagen – Vitamin C  Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

·         Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

·         Peningkatan Sistem Imun - Vitamin C Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

·         Memerangi kanser - Vitamin C  satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

·         Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

·         Memperbaiki Insomnia - Vitamin C  membantu memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

·         Mengekalkan kolestrol sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Kekurangan Vitamin C dalam tubuh
Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

- Mudah tertekan ( stress)
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
- Tapak kaki keras dan kasar
- Luka yang lambat baik
- Mudah selsema / bersin

Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
- Mudah dapat ulcer
- Mudah demam
- penyakit Skurvi

Tunggu apa lagi, Jom dapatkan Vitamin C 500mg sekarang! Pastikan Original yea... :-)

~Salam Sayang~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © blog ibu qisya haziq. Designed by Whitey Mommy